MAIN MENU

Footer Pages

19 Nov 2013

KERETA 12 TAHUN DIHARAMKAN BERADA DIATAS JALAN RAYA ?


SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

“Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.

“Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,” katanya. – Sumber berita BERNAMA
Apapun semuanya ini masih dalam peringkat kajian... keputusan belum di keluarkan lagi. MIROS akan meneliti cadangan JKJR ini. Kalau diamati bukan kereta lama yang membuat masalah lebih pada sikap pemandu itu sendiri... bawak kereta baru atau lama nak menyusahkan orang ramai sama sahaja. Tidak mustahil kereta lama jika dijaga dengan sebaiknya tidak mendatang masalah dijalan raya.

AAP - Malang juga kereta Iswara yang umur 12 tahun (lahir pada tahun 2001) dan kereta lain yang senasib dengannya. Termasuk juga didalam senarai ini. Jangan ada udang disebalik batu sudah :). Pasti situasi ini jika terjadi bakal mengundang banyak masalah pada golongan yang berpendapatan rendah. Ingat kereta di hari ini satu keperluan bagi semua pihak. Yang kaya raya, senang lenang, mungkin tidak menjadi masalah fikir-fikirkan sama bagi mereka yang sudah tidak mampu untuk memiliki kereta baru.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. ada yang suka ambil kesempatan. yang alami orang lain.. baik tak payah pakai kereta. perkhidmatan awam pun mesti top.

    BalasPadam
  2. idea paling tak logik sekali.minta bangunkan perkhidmatan awam secara menyeluruh, turunkan cukai kereta, then talk about that. nk tgk jugak statistik excident adakah disebabkan kereta lebih 12 thn? nmpk trend nya yg excident kbykkn kereta baru2 yg bawak laju.hurmmm

    BalasPadam
  3. Jika betul akan di laksanakan mmg tidak wajar , bukan kereta lama pun yng menyumbag kes kemalangan tinggi , ini semua alasan nk galakan orang beli kereta baru seterusnya berhutang ... :(

    BalasPadam
  4. pd sy pulk,yg kbnykkn kmalangn ni bnyk tlibat dgn kreta baru.sbb kreta skrg kira dh lari pd asalnya sperti power steren,exzover lmbut,brek,pjalann gier dll. bila2 masa je bnde mcm tu xbfongsi,kita mn tau.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.