INFO : SENGATAN OBOR-OBOR BOLEH MEMBAWA MAUT

Sengatan obor-obor boleh mendatangkan kecederaan dan kematian. Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedan...

Sengatan obor-obor boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.

Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang. Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantai bila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.

Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampirsatu meter di depan saya semasa kejadian itu. "Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina) menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.

"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya danberjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan." Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.

Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardiopulmonari (CPR). "Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit," "Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalam laporan media itu.

Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untuk menyelamatkan Carina.

TANPA TULANG BELAKANG

Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa. Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.

Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh60 orang dewasa. "Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan,"jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuahhospital di sini.

Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsa disengat 'tebuan laut' dan kerapkali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkan berlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.

DESTINASI PERCUTIAN
Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknya obor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.

"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkap obor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.

Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali kepantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor. Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantuan perubatan, kata Martyn.

SESUNGUT
Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyai ratusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.

Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakan bagi menyengat hidupan kecil yang lain. Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini boleh membawa kecederaan dan kematian.

Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenisyang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulit melepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.

Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jeni sobor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.

Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalah daripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yang terdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik. Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa lima minit.

REAKSI
Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.  "Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badan orang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yang bersaiz badan besar," jelas Martyn.

Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkan alergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawa kematian dari hanya satu sengatan.

"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. - SUMBER BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.

COMMENTS

BLOGGER
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH-BUAHAN,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,7,cerita malam jumaat,1,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,2,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,26,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,11,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,MATAWANG NUMISMATIK,2,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,1,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: INFO : SENGATAN OBOR-OBOR BOLEH MEMBAWA MAUT
INFO : SENGATAN OBOR-OBOR BOLEH MEMBAWA MAUT
http://3.bp.blogspot.com/-ck26SZxInq8/Uh6rsIQsc-I/AAAAAAAAPrg/lDQsDIXTPUM/s320/OBOR-OBOR+BOLEH+MEMBAWA+MAUT.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-ck26SZxInq8/Uh6rsIQsc-I/AAAAAAAAPrg/lDQsDIXTPUM/s72-c/OBOR-OBOR+BOLEH+MEMBAWA+MAUT.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2013/08/info-sengatan-obor-obor-boleh-membawa.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2013/08/info-sengatan-obor-obor-boleh-membawa.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy