MAIN MENU

Footer Pages

8 Mei 2013

SIAPA BAKAL MENTERI BESAR PAHANG?

Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang dijangka diadakan pada Khamis (esok) di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan.

Menurut sumber, majlis angkat sumpah Menteri Besar itu akan diadakan jam 5 petang, manakala majlis angkat sumpah bagi Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada pagi Jumaat.

Berikutan nama Menteri Besar belum diumumkan, spekulasi siapa bakal dilantik ke jawatan itu kini mula diperkatakan selepas Barisan Nasional Pahang (BN) yang dipimpin Pengerusi BN negeri Datuk Seri Adnan Yaakob berjaya mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ahad lalu.

BN Pahang berjaya memenangi 30 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Jumlah itu bagaimanapun merosot berbanding pilihan raya umum 2008, apabila BN Pahang menang 37 kerusi, sebelum calon Bebas Tanah Rata menyertai BN, menjadikannya 38.

Sehubungan dengan itu beberapa pemerhati politik berkata beberapa nama juga disebut-sebut berkemungkinan bakal dilantik sebagai Menteri Besar Pahang yang baru.

Antaranya, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menang di DUN Peramu Jaya dengan majoriti besar 7,627 undi.

Turut disebut ialah Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (DUN Lanchang) dan Datuk Shahiruddin Ab Moin (DUN Dong) yang juga pengerusi GiatMara. - BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.