Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang
mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman
kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah banyak pihak. Penganalisis Politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.
Katanya,
apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan
masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia. "Yang
jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat,
dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan
lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang
bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.
"Ringkasnya,
keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan
dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP. "Sudah
sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik
kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di
Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan
media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN
pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN. Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008. Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008. Sumber Harakah
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.