MAIN MENU

Footer Pages

9 Mei 2013

ADNAN YAAKOB KEKAL MENTERI BESAR PAHANG

Kuantan: Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Menyimpan Rahsia Kerajaan negeri oleh Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar, akan diadakan di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan jam 5 petang, hari ini.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Adnan Yaakob akan dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Tak dimaklumkan

Difahamkan, Adnan dalam pertemuan tertutup dengan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN), di sini, semalam memberitahu bahawa beliau akan berbuat demikian di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Sumber berkata, Pengerusi BN itu bagaimanapun tidak memaklumkan mengenai pelantikan exco kerajaan negeri.

Adnan, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong mula dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.

Tidak bermasalah
Beliau yang dianugerahkan gelaran ‘Datuk Seri Diraja’ oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 2010, yang juga penerima pertama dalam sejarah Pahang, dilihat tidak bermasalah untuk terus mendapat perkenaan Istana bagi jawatan berkenaan.

Prestasi BN Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merosot apabila kehilangan empat kerusi Parlimen serta 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding tewas dua kerusi Parlimen dan empat DUN pada 2008.

Walaupun masih berjaya mengekalkan penguasaan dua pertiga di kerusi DUN, pencapaian pembangkang pada pilihan raya kali ini mengejutkan banyak pihak, terutama pemimpin BN negeri sendiri. Sumber : bharian.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.