MAIN MENU

Footer Pages

30 Mei 2013

BAGAIMANA BOLEH MENDAPAT "MIMPI BASAH" KETIKA TIDUR ?

Apa maksud "Mimpi basah", mimpi basah adalah (pelepasan nokturnal) pengeluaran cecair semen (mani) di waktu tidur dan hanya dialami oleh laki-laki. Mimpi basah sering dialami oleh remaja laki-laki, yang sekaligus menjadi tanda bahawa ia telah memasuki masa akil baligh. Perkara ini boleh dicetuskan mimpi yang erotis maupun tidak, tergantung dari yang mengalami mimpi itu sendiri (khususnya bila ia seorang lelaki dewasa). Pengeluaran ini boleh berlaku tanpa disertai ereksi atau ejakulasi. Semakin bertambahnya umur maka mimpi basah ini semakin jarang dialami.

Mimpi basah tergantung dari respons fizikal orang yang mengalami mimpi tadi. Peristiwa ini adalah mekanisme yang alami akibat vesikel mani (poket sperma) telah penuh dengan sperma yang dihasilkan oleh testis. Akibatnya beg sperma yang telah penuh tidak boleh menampung lagi, dan akhirnya dikeluarkan melalui zakar pada saat seorang laki laki mengalami mimpi basah

Bagaimana boleh mendapat "mimpi basah" ketika tidur ?

Mengikut kajian tidur dalam posisi perut pada bahagian bawah atau telungkup ternyata boleh mencetuskan anda bermimpi erotik. Sebuah kajian terbaru yang dilakukan penulis Hong Kong, Calvin Kai-Ching Yu, mendedahkan bahawa mereka yang sering tidur dalam posisi tersebut cenderung bermimpi yang ghairah berbanding yang tertidur dengan kedudukan lain.

Seperti dilaporkan laman Times of India, para peserta dalam kajian tersebut melaporkan telah merasakan sensasi ghairah yang lebih kerap daripada orang lain. Mereka yang mimpi dengan sensasi ghairah itu umumnya akan merasa seperti 'diikat', 'dikurung', dan 'tidak boleh bergerak'.

Calvin Kai-Ching Yu dari Shue Yan University di Hong Kong itu mengatakan, munculnya fikiran seksual boleh terjadi kerana tidur pada posisi perut di bawah membuat mereka tidak mendapat banyak udara. Sehingga fikiran mereka tertumpu untuk membayangkan sesuatu yang terbatas ketika tidur.

Dalam kajian yang diikuti 670 pelajar yang dua-pertiga di antaranya adalah perempuan, para penyelidik meminta mereka untuk mengisi kaji selidik tentang mimpi mereka. Butiran tersebut termasuk seberapa sering mereka bermimpi, seberapa sering muncul mimpi tersebut, dan tema apa yang sering muncul. Selain itu ia juga meminta mereka untuk menuliskan posisi tidur, seberapa sering mereka tidur menyamping, telungkup, atau terlentang.

Dalam kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Dreaming itu muncul idea-idea lain terhadap orang-orang yang tidur menghadap ke depan atau disebut 'erotomania', yakni ketika seseorang percaya mereka mempunyai pengagum rahsia, seringkali orang terkenal.

"Kajian ini memberikan bukti bahawa pengalaman mimpi, dan isi mimpi tertentu, dapat dipengaruhi oleh gaya tubuh semasa tidur," ungkap Kai-Ching Yu.

"Saya percaya bahawa otak semasa tidur sama sekali tidak benar-benar terlepas dari dunia luar dan rangsangan, termasuk yang berasal dari lingkungan. Mungkin perkara tersebut dimasukkan ke dalam isi mimpi, lebih sering daripada orang mengamati atau menyedari. Otak sedar dari pemimpi cuba untuk memahami, dan bahkan memanfaatkan rangsangan luaran, "tambahnya.

Apa pun didalam agama islam kita tidur dengan cara telungkup atau menairap adalah dilarang: Berdasarkan hadits: Dari Tikhfah Al-Ghifari dia berkata: Suatu ketika tatkala aku tidur didalam mesjid, tiba-tiba ada seorang yang menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur terlungkup, lalu dia membangunkanku dengan kakinya seraya berkata: “Bangunlah! Ini adalah bentuk tidur yang dibenci Allah, maka akupum mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi. (36) Berkata Syaroful Haq ‘Azhim Abadi: “Berdasarkan hadits ini, bahwa tidur telungkup di atas perut adalah dilarang, dan itu adalah bentuk tidurnya syaitan”. (37)

Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. ”

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.