Merujuk pada berita ini:
JERANTUT 30 Mei - Pemandu dan penumpang bot penambang Taman Negara
Kuala Tahan dan Hulu Tembeling diminta memakai jaket keselamatan ketika
bergerak ke lokasi tertentu di pusat pelancongan itu dan kampung di
pesisiran Sungai Tembeling di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul
Razak berkata, perkara itu penting kerana perkara tersebut merangkumi
keselamatan ketika berada di kawasan perairan termasuk sungai.
"Pengusaha bot terbabit diingatkan jangan tunggu sehingga musim
tengkujuh dan paras air sungai naik baharu hendak mengenakan jaket
keselamatan, tetapi peraturan ini wajib dilaksanakan sepanjang masa.
"Tragedi bot ekspres karam di Belaga, Sarawak kelmarin membabitkan
kehilangan nyawa sewajarnya dijadikan iktibar dalam kalangan pengusaha
bot penambang di negeri ini," katanya kepada pemberita di Kuala Tahan di
sini semalam.
Katanya, air Sungai Tembeling yang kadang kala melebihi paras biasa berikutan hujan lebat di kawasan hulu sejak beberapa hari lalu boleh mengundang risiko keselamatan pemandu dan penumpang bot termasuk pelancong khususnya ketika melalui kawasan jeram. Sumber Utusan Malaysia
AAP - Diatas pengalaman sendiri, kebanyakan pengusaha bot peloncongan (Kuala Tahan) ke Taman Negara sendiri tidak menyediakan jaket keselamatan itu realitinya. Persoalanya bagaimana pelancong mahu memakainya? Perkara ini perlu dipandang serius. Sebaiknya pengusaha bot pelancong di taman negara sendiri perlu menyediakan jaket tersebut. Perkara ini mestilah menjadi perkara wajib dan keutamaan yang perlu disediakan dan sila arahkan penumpang untuk memakainya sebelum memulakan perjalanan. Pasti pelancong sendiri lebih mengutamakan soal keselamatan. Jika diamati pengusaha bot sendiri kurang memberi perhatian didalam soal keselamatan.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.