Kuantan 28 Mei 13: Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam ini apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium. Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkn keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.
Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.
Inilah punca asal kenapa kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur malam tadi. TIKET HARAM dijual secara berleluasa. Tiket tambahan dikeluarkan melebihi had yang dibenarkan.. malah ada dijual di pasaran gelap hingga mencecah RM20-RM50 bg tiket yg berharga RM12.00. Tiket haram tidak ada tarikh dan pertemuan Pahang menentang pasukan mana. Tiket TAMBAHAN ada nombor yg ditulis pada tiket.
Maknanya tiket haram dijual begitu banyak... Akibatnya ada penonton tak dapat masuk telah merempuh pagar utk masuk.. Ini menyebabkan berlaku jumlah penonton yg luar biasa. Siapa yg arahkan penonton terbabit duduk atas trek di tepi padang?. Kemudian ada arahan supaya mereka keluar dr trek.. Mereka marah kerana tempat duduk penuh.. Inilah tanda2 awal akan berlaku kekecohan.. Penganjur arahkan mereka keluar jika tidak perlawanan tidak dapat dilangsungkan. Ketika itu, masih ada yg tak keluar hingga berlarutan hampis satu jam. Ia menyebabkan pemain Johor mungkin hilang mood dan tidak mahu bermain. Namun, OCP Kuantan ASP Jasmani Yusoff memaklumkan stadium selamat.. dan ketika inilah balingan batu muncul dr kawasan luar Pintu 5 Stadium Darul Makmur. Sumber : CMK
AAP - Khabarnya banyak ulat tiket... sudah banyak tiket haram... sudah penonton tidak dapat dikawal salah siapa? Siapa yang mula buat kecoh? dan semua ini perlu disiasat dan diambil tindakan tegas! Bila terjadi perkara seumpama ini pasti banyak spinningnya.... :) bagi penulis memadai mengatakan "VIDEO DAN GAMBAR KEKECOHAN DI STADIUM DARUL MAKMUR KUANTAN"
Wassalam, Wa'allahhualam.
kome gi tapi x lepas masuk, kome terus balik je..
BalasPadamkucing tu betul-betul ada kat padang atau sekadar troll?
BalasPadam