KETIKA MANA LELAKI ITU SUDAH DI GELAR DAYUS?

Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan meredhainya dalam ertikata membiark...

Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan meredhainya dalam ertikata membiarkan tingkah laku tidak sepatutnya yang telah dilalukan oleh isterinya. Ini selaras dengan maksud hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga" . Amal ibadat suami yang dayus terserah kepada Allah SWT.

Antara ciri-ciri orang dayus ialah;
1. Redha isteri tidak menutup aurat dan membuat perkara sumbang.
2. Membiarkan isteri /anak-anak berbuat sesuatu perkara yang salah tanpa teguran dan nasihat.
3. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.

KETIKA MANA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Membiarkan sewenang-wenangnya isteri membuat apa sahaja dalam erti kata tanpa mengambil kisah perihal isteri yang telah jelas dan nyata membuat perkara maksiat dan kesalahan didalam etika berumah tangga.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar : Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya. http://www.zaharuddin.net/

Moralnya, tanggungjawab kita bersama bagi menjaga kesempuraan kehidupan ini. Suami, isteri dan anak-anak ada tanggungjawab dan peranan masing-masing. Paling penting kita sebagai orang islam pasti ada tegahan dan larangan, ada had batasan dan ketetapan untuk berbuat sesuatu dan perlu dipatuhi untuk sesuatu apa jua.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog aku anak pahang,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,BOIKOT DURIAN TIMBANG,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH KERDAS,1,BUAH-BUAHAN,1,BULUH LEMANG,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,5,cerita malam jumaat,1,CERPEN,8,Cerpen Cerita Lawak,2,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,EMPANG JEPUN,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,FESTIVAL BETTER BEER 2017,1,GAJAH LIAR,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,4,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,53,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,LATA JARUM PULAU CHEKAS,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,12,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,MATAWANG NUMISMATIK,5,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,MEMAKAI CINCIN,1,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,MISTIK,2,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,1,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,2,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,PEMBALAKAN PAHANG,4,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,PETUA MELEMBUTKAN DAGING,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,RAMALAN TAHI LALAT,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,REUNION SKBJ,3,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,SEJARAH,1,SEJARAH NEGERI PAHANG,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TRANSAKSI,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: KETIKA MANA LELAKI ITU SUDAH DI GELAR DAYUS?
KETIKA MANA LELAKI ITU SUDAH DI GELAR DAYUS?
http://2.bp.blogspot.com/-d-sIPQuyLCY/UL_WCVg3rCI/AAAAAAAAMco/90LBCLjD4I4/s400/dayus.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-d-sIPQuyLCY/UL_WCVg3rCI/AAAAAAAAMco/90LBCLjD4I4/s72-c/dayus.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/12/ketika-mana-lelaki-itu-sudah-di-gelar.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/12/ketika-mana-lelaki-itu-sudah-di-gelar.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy