Meski perkahwinan tidak menjanjikan kemanisan didalam kehidupan, ternyatanya komitmen ini banyak dipilih. Mereka merasa lebih bahagia dan mempunyai kualiti mental lebih baik berbanding dengan mereka yang memilih untuk hidup membujang.
Sebuah kajian menunjukkan, ada sekitar 20 hingga 35 peratus wanita bujang yang terdedah kepada kemurungan, berbanding dengan wanita berkahwin yang hanya tercatat 10 peratus.
Kajian yang dilakukan pada 6000 responden ini mencatatkan pandangan wanita tentang perkahwinan berdasarkan risiko dan manfaat. Pada mereka yang hidup berpasangan tetapi tidak berkahwin atau memilih membujang, lebih terdedah mengalami tindak kekerasan dari pasangannya. Sedangkan pasangan berkahwin mempunyai emosi lebih stabil kerana telah memikirkan segala risiko yang mungkin terjadi pada perkahwinan.
Menurut pemimpin penyelidikan dari Universiti Toronto Dr. Marccelo Urquia, tinggal bersama menjadi proses pengenalan diri satu sama lain. Namun terlepas dari perkara tersebut, wanita berkahwin tidak mengalami masalah psikososial yang bermakna.
Dilaporkan Daily Mail kajian ini mendapati angka kemurungan 10 peratus untuk wanita berkahwin, 20 peratus untuk wanita berpasangan tetapi tidak berkahwin, dan 35 peratus pada wanita bujang. Sumber : us.life.viva.co.id | Olahan Semula : akuanakpahang
Moralnya carilah pasangan hidup :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
sebab tak ada teman kot. hee~
BalasPadamGamaknyalah kesiannn.....
Padam