MAIN MENU

Footer Pages

17 Dis 2012

DUNIA AKAN BERGELAP DAN KIAMAT PADA DISEMBER INI?

Kebelakangan ini banyak pihak yang meramalkan dunia akan bergelap. Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari itu
Dan tidak kurang juga banyak ramalan daripada penduduk maya mengatakan dunia ini akan kiamat pada tanggal bulan Disember ini. Beberapa bulan yang lepas sudah agak ketara golongan penghuni Bumi ini gelisah disebabkan maklumat yang NASA sebarkan berkaitan dengan planet mati yang akan berlanggar dengan bumi.

Diramalkan akan berlaku pada 21 December 2012 kejadian ini akan berlaku. Malah di youtube sudah ramai video yang disebarkan mengenai ramalan pada hari tersebut. Tidak hairan juga ada yang sudah difilemkan.

Jadi sini saya hanya sekadar ingin berkongsikan sahaja maklumat ini dan kita sendiri masih kurang pasti fakta-fakta pihak mana yang benar. Media massa turut memainkan peranan negatif dalam menyebarkan iklan satu jenama shampu yang menggunakan isu itu sebagai jalan cerita sehingga menyebabkan ada umat Islam terpedaya, menggambarkan keadaan musuh Islam yang cuba merosakkan akidah mereka secara halus.

Pasti ada niat golongan yang tertentu yang membuat ramalan hari kiamat itu mempunyai motif tertentu, bahkan pada hakikatnya perkara dilakukan mereka turut memberi saham kemenangan kepada syaitan untuk menyesatkan manusia.
Moralnya kiamat pasti akan terjadi, cuma kita jangan terpengaruh dengan ramalan mereka yang tertentu. Namun kiamat ini tetap diselindungkan daripada pengetahuan kita dan hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang segalanya.
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Sesungguhnya sebagai seorang yang beriman perlu peraya adanya hari kiamat dan hanya Allah SWT yang tahu tarikh sebenar kiamat tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yassin..
      wallahualam, apa pun semuanya
      rahsia Allah juga..

      Padam
  2. Kita yakini hari kiamat, tetapi bila masanya kira serah kepada Allah SWT. kita buatlah persiapan menuju akhirat.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.