MAIN MENU

Footer Pages

8 Nov 2012

TIPS MENYEMAI RASA CINTA TIKA BERJAUHAN BERSAMA PASANGAN ANDA.

Situasi dihari ini terkadang suami dan isteri tinggal berjauh mungkin kerana tugasan dan sebagainya tidak dapat tidak hubungan terkadang penuh dengan kesangsian dan teka teki. Sebaiknya situasi ini jangan difikirkan sangat. Ingat perkara positif dan berusaha untuk menambah rasa kepercayaan pada diri masing-masing, baru rumah tangga bahagia. Tips dibawah ini mungkin dapat membantu anda untuk terus mengeratkan rasa kasih sayang diantara kedua belah pihak jom kita lihat.

LDR @ Long Distance Relationship memang selalu penuh cabaran. Tapi, anda tetap boleh menjaga rasa cinta dan kemesraan yang terbentang jaraknya mungkin ribuan kilometer.

1. Belajar mempercayai pasangan. Jika setiap saat anda selalu mengingatkan si dia agar tak curang, ini justeru akan membuatnya tertarik untuk curang.

 2. Buat rancangan masa depan, pada bila-bila anda dan si dia akan bersama. Ini akan membuat hati anda merasa tenang dan optimis untuk mempertahankan hubungan.

 3. Gambar adalah penawar rindu terbaik. Buatlah gambar terbaru anda atau berkreasilah dengan gambar berdua, kemudia kirim kepadanya sebagai ubat rindu.

 4. Menulislah di blog agar si dia dapat membacanya. Layaknya sebuah jurnal, anda boleh menulis pelbagai hal di blog, mulai dari perasaan, apa yang anda fikirkan, sehingga pelbagai aktiviti.

 5. Kirimkan sebuah T-shirt untuk si dia yang telah dilepaskan wangi minyak wangi anda. Percaya deh si dia akan sekerap mungkin mengenakan T-shirt dari anda dan wangi wangian akan mengingatkannya pada anda.

6. Sepakati waktu untuk melakukan sesuatu bersama. Misalnya, makan malam atau berdoa bersama. Mengetahui anda dan si dia melakukan sesuatu perkara bersama-sama akan semakin menguatkan hubungan cinta.

 7. Berbual via webcam. Berkomunikasi dengan menatap langsung si dia tentu jauh lebih baik berbanding dengan hanya mendengar suaranya di telefon atau membaca suratnya melalui e-mel.

 8. Tuliskan mesej bersemangat di wall Facebooknya, contohnya "I love you and miss you. Hope you have a great day." Meskipun ringkas, ini akan bererti baginya, apatah lagi jika ia sedang menghadapi hari yang sukar.

 9. Rencanakan lawatan. konsep lawatan kejutan memang menyenangkan, tapi pada kenyataannya tak semudah itu. Boleh jadi apabila anda tiba di tempatnya, si dia justeru sedang sibuk bekerja dan tak boleh menemani anda.

 10. Tentukan sebuah bandar atau negara yang tak begitu jauh dari tempat anda atau pun tempatnya. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, ini boleh menjadi percutian singkat yang menyenangkan bagi anda berdua.

11. Buat scrap book dan kirmkan padanya. Melihat gambar dan cerita cinta anda berdua dalam rangkaian scrap book akan membuat si dia teringat masa-masa indahnya dengan anda.

12. Berdamai dengan kesendirian. Habiskan masa untuk berkumpul bersama rakan-rakan atau buat kesibukan dengan hobi. Hidup berasingan dengan pasangan memang sukar, tetapi juga boleh memberi ruang untuk membangunkan diri secara peribadi dan tetap dalam sebuah hubungan.

 13. Serahkan semuanya kepada yang di atas ketentuanNYA, jodoh, rezeki ajal maut sudah ditetapkan oleh-NYA, tapi jangan berpasrah diri bulat-bulat perlu juga berdoa dan berusaha. Segala usaha harus diiringi doa agar harapan dan cita2 anda akan terkabul. Sumber asal : iniunic.blogspot.com - Olahan Semula drp. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.