MAIN MENU

Footer Pages

6 Nov 2012

KENAPA PAYAH SANGAT NAK BUAT ENTRI KAT BLOG?

Soalan kat atas tu saya sendiri yang kena jawab hehehe :) Hari ini (satu dua hari nie laa) sedikit sibuk juga dengan tugasan hakikinya.... tercari-cari juga entri yang bersesuaian, yang nak di postkan dekat blog ini, tapi sayang tiada yang bersepadanan :( tapi kalau entri untuk SEO tak perlu cari ilhamnya repost balik apa yang tengah hot daripada surat khabar atau sebarang web yang tertentu sekarang.... senang kerjanya :)

Mungkin trafik kita akan mencanak-canak naik. Nak senang lagi copy paste je bulat bulat entri orang lain lebih senang. Namun mungkin nilai entri tersebut tidak bernilai pada pembacanya :( sebab cerita orang dah tahu dah pun dibaca. Kalau bijak mungkinlah boleh diolah sedikit mengikut gaya dan citarasa kita, mungkin kelak akan ada kelainanya.
... yang pastinya ilham saya ke laut juga hari ini untuk mencoret entri walaupun sekadar copy paste :( Pastinya juga kalau kita nak membuat entri yang ori dan tulen... mood kena bagus juga baru boleh datang idea macam-macam... mungkin tengah berjalan, tengah makan, tengah bawak kereta... mungkin idea itu akan datang :) tapi sememangnya semua itu amat bergantung pada mood kita sendiri kalau dah penat, letih, mengatuk dan sebagainya pendek kata mood ke laut jugalah :( "Mood ke laut" bahasa blogger fikiran melayang entah kemana...)

Moralnya juga bukan mudah kalau kita nak membuat entri daripada air tangan kita sendiri dan gaya penulisan kita sendiri :( Pastinya untuk menghasilkan sebuah artikel yang menarik, ori dan tulen yang ditulis oleh kita semua bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya memerlukan mood yang baik, masa, ketelitian dan banyak perkara yang perlu difikirkan sehinggalah lahirnya entri tersebut . Ok stop.... Ooppss dah pun jadi entri ini hehehe....  Selamat berblogging :) akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 ulasan:

  1. Memang susah jadi blogger. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul mmg bukan mudah jadi seorg blogger... waluapun terkadang nak buat entri cop ayam aje :)

      Padam
  2. bukan payah tu
    tak berkesempatan je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada masa kita sibuk juga dgn tugasan kita sendiri...

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul ngat tu kena ber MC (mintak cuti) juga yak sekali sekala.

      Padam
  4. Alaaa, kalau blogger pemes tu, letak tajuk entry yg meletop je dah ramai yang masuk blog dia.. Tu belum lagi letak entry tu sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... kalau blgger pemes tulis aje sebaris ayat menderu yang dtg komen kan huhuhu...

      Padam
  5. Salam Yassin..
    jadi blogger sambilan nih memang sesekali
    bercuti juga, melainkan yang memang dah
    kerja cari makan dengan blog..payah kalau
    mati idea..he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wmsalam.. setuju zul, kita berblog sekadar minat aje... bukan kerja hakiki mencari duit kat sini kan :) sesekali kena bawak berehat juga :)

      Padam
  6. setuju dgn kata-kata aok tu..nak buat entry ori drpd idea kita sendiri mesti kena dgn masa & mood juga baru byk idea kluar

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.