MAIN MENU

Footer Pages

7 Nov 2012

APA HAK POLIS DAN HAK PENGGUNA MELALUI DI SEKATAN JALAN RAYA?

Salam, Semua daripada kita pernah melalui sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak PDRM disini apakah hak polis dan hak kita sendiri sebagai pengguna jalan raya. Jom baca sedikit info yang berkaitan dengan persoalan diatas . Dan apakah apa prosedur membuat sekatan jalan raya itu sendiri?

1)Aspek perundangan; Akta Polis 1967 adalah akta yang memberikan kuasa kepada polis dalam melaksanakan tugasan mereka. Dalam Akta ini, satu bab khusus iaitu bab VII menjelaskan dengan terperinci kuasa-kuasa yang dibolehkan oleh undang-undang untuk pihak polis melaksanakannya. Sebagai contohnya Seksyen 20(3)(i) memberi kuasa untuk polis menangkap haiwan yang berkeliaran.

2)Spesifiknya kepada persoalan sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis. Seksyen 21 Akta Polis memberikan kuasa secara umum kepada polis mengawal ketenteraman dan keamanan di jalan umum (public road). Manakala Seksyen 26 secara khusus memberi kuasa untuk polis membuat halangan lalulintas (road barriers). Menurut Seksyen 26 ini, pra-syarat untuk pihak polis hanyalah jika polis berpandangan halangan itu perlu untuk maintain dan preserve undang-undang. Peruntukan ini juga memberikan kuasa untuk polis mengambil tindakan yang munasabah (reasonable steps) untuk polis menghalang sesiapa atau mana-mana kenderaan daripada bertindak untuk melepasi halangan tersebut.

3.Di bawah Seksyen 24 Akta juga memberikan kuasa kepada polis untuk memeriksa lesen dan kenderaan tanpa sebarang waran jika polis mengesyaki ada perlanggaran undang-undang berlaku dan ujian kepada pihak polis hanyalah sekadar mengesyaki secara munasabah sahaja. (reasonable grounds)

4. Justru, menjawab persoalan saudara, pihak polis memang diberikan kuasa untuk membuat sekatan jalanraya, memeriksa kenderaan, lesen dan sebagainya. Cuma, dari aspek perlaksaannya, mungkin ada perbezaan jika melibatkan unit yang berlainan contohnya trafik, mencegah penyeludupan dan jenayah walaupun kesemuanya adalah polis. Begitu juga dengan tujuan sekatan dijalankan; samada operasi besar-besaran atau sekatan rutin atau mungkin sesuatu operasi khas seperti ops sikap, menyebabkan perlaksanaannya menjadi berbeza. Oleh itu, cara perlaksaan sekatan jalanraya seperti berapa jumlah polis, pakaian mereka, adapegawai Inspektor ke atas atau tidak, samada ada kon atau meja dan sebagainya berkemungkinan boleh menjadi berlainan antara satu sama lain.

5.Persoalan lebih penting adalah apakah hak kita sebagai rakyat dan apakah safeguard kita dalam menghadapi situasi sebegini? Apatah lagi dalam keadaan Akta Polis memberi kuasa yang luas dan penafsiran yang longgar untuk polis melaksanakannya. Pertamanya, kerjasama perlu diberikan kepada pihak polis kerana kegagalan kita mematuhi arahan kita boleh dituduh dibawah Akta Polis sendiri seperti di bawah Seksyen 26 tadi ataupun kesalahan lebih serius iaitu menghalang penjawat awam di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Kita tidak mahu keadaan di mana asalnya tiada asas untuk polis menahan tetapi dek kerana adanya resistence untuk bekerjasama, maka polis sudah ada asas menahan.

6. Keduanya, walaupun pihak polis mempunyai kuasa yang luas dan kita hendaklah berkerjasama; tidak bermakna kita tidak boleh bertanya kepada polis apakah tujuan lesen kita atau kenderaan kita hendak diperiksa. Kita juga berhak untuk tahu untuk apakah sekatan jalanraya dibuat dan pihak polis perlu memaklumkan kepada kita semua maklumat ini.

7. Ketiganya, sekiranya pihak polis ingin membuat tangkapan kepada kita atas apa alasan sekalipun, hak kita sebagai orang yang ditahan dijamin oleh perlembagaan dan juga di dalam Kanun Tatacara Jenayah (CPC). Kita perlu dimaklumkan apakah sebab kita ditahan. Kita juga diberi hak untuk berkomunikasi dengan peguam dan juga keluarga. Pihak polis juga hanya ada kuasa menahan sehingga 24 jam dan perlu membawa kita ke hadapan majistret untuk memohon perintah reman jika ingin meneruskan tahanan terhadap kita.

8. Keempatnya, oleh itu apabila kita sudah memahami kuasa polis dan juga hak kita, maka nasihat secara praktikalnya adalah apabila ada sekatan jalanraya berilah kerjasama kepada polis. Jika ada unsur-unsur bahawa polis ingin menangkap anda, maka berkeraslah dengan hak anda seperti hak untuk menghubungi keluarga dan peguam (simpan nombor peguam yang boleh dipercayai). Jika ada unsur-unsur rasuah atau setel dimulakan dari pihak polis, maka jangan terjebak; catit atau sekurang-kurangnya hafal nama dan nombor polis itu untuk tindakan lanjut.

9.Akhir sekali, jika anda berada di sekatan jalanraya, buatlah seperti biasa apatah lagi jika anda memang tidak lakukan apa-apa kesalahan. Jika anda disaman (saman sebenar bukan notis saman ekor) sekalipun, ambil sahaja saman itu dan bersedialah untuk membayar kompoun (jika mengaku) dan disaman ke mahkamah dan membela diri (jika tidak mengaku). Anda boleh menjadi warganegara yang celik hak anda serta menghormati undang-undang pada masa yang sama. Anda mampu mengubahnya!

Ihsan dari Unit Tindakan jenayah (TINJU) Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPP. Entri ini adalah menjawab kepada persoalan di dalam laman FB KASE (kempen Anti Saman Ekor). Wassalam Sumber Asal : Loyarberjurus.blogspot.com

AAP- Moralnya juga sempurnakan segala kelengkapan yang berkaitan dengan jalan raya serta kelengkapan kenderaan anda sendiri... yang pastinya ada mesti memiliki lesen memandu dan cukai jalan yang sah dan patuhilah undang-undang jalanraya. Pandu cermat jiwa selamat duit pun selamat.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 ulasan:

  1. Salam Yassin..
    kita kenalah tahu hak kita,
    negara ada undang-undang kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wmsalam.. Betul kita mesti tau hak kita.
      Sebab semuanya ada akta yang telah ditetapkan.

      Padam
  2. salam. nk tanya, apakah tugas-tugas polis di jalan raya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap tugasan tetap ada peraturan dan undang-undang :)

      Padam
    2. sallam tuan nak tnya adakah hak polis memeriksa isi hendphone kita tanpa kebenaran kita

      Padam
  3. Sekatan jalan raya selalunya menjadikan jalan 2 atau 3 lorong kepada satu lorong. Jalan menjadi sesak dan kereta berbaris panjang.

    Kenapa tdk dibuat 2 atau 3 lorong serentah seperti negara2 eropah lain yg mempunyai lorong yg byk?

    Sy bertanyakan kepada pegawai trafik yg bertugas membuat sekatan, dgn nada marah sbb melenting akibat soalan tersebut, dia jawab "habis, keselamatan aku mana ko nak letak??!" Itu bukan jawapan utk selesaikn isu traffic jammed. Dan bukan satu SOP sekatan.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol cari lah buku KPJ.. sekatan hanya boleh dilakukan dengan melencongkan jalan.. bukan nye sekat serentak.. nak polis malaysia mati katak ker?

      Padam
    2. http://paultan.org/2016/09/05/jpj-to-look-into-revising-operating-procedures-for-roadblocks/


      baca ni bro... sampai bila nak teperok bawah tempurung..

      lane bole disempitkan utk perlahankan kereta.. pastu masa pemeriksaan, buka la balik lane tu, buat pemeriksaan serentak.. bukan cek satu2.. cek serentak..


      Padam
    3. Aiman zulkifli memang x pernah merasakan jem jalan 2 or 3 lorong jd 1 lorong....
      Kalau kene nanti baru tau...bodohnya cara polis malaysia buat sekatan jalan raya...mati katak kalau letak kon dkat kaki..kalau ikut sop letak 25M x da yg mati katak...

      Padam
  4. Mcm mana pulak kalau kita disuruh menolak kenderaan(moto)ke balai walaupun kita lengkap? Time operasi 7pm-9pm..

    BalasPadam
  5. Jom kite jadikan ia simple..

    Cuma beri kerjasama kepada Polis.. Beri apa yg mereka mahu mengikut peruntukan undang2.. Orang yg buat salah aje yg takut dan x suka polis periksa mereka.. Beri perhatian semasa mereka melakukan pemeriksaan badan atau kenderaan..
    Jika mempunyai kesalahan, tolak sebarang tawaran rasuah yg di beri oleh pihak polis dan mohon mereka menjalankan tugas mengikut peruntukan undang2 yg sewajarnya..

    Jika kesalahan lalu lintas - Mohon surat saman atau surat sitaan kenderaan.. Jika kesalahan yg boleh di tangkap, mohon polis tersebut menggari tgn anda dan menghubungi peguam serta waris anda..
    Jika kesalahan Jenayah/Dadah - Mohon polis tersebut tangkap anda dan bawa ke balai polis untuk tindakan.. Pastikan waris dan peguam anda di beritahu tentang kedudukan anda..
    Apa yg penting, tolak segala tawaran rasuah daripada mana-mana pihak polis yg suka makan rasuah..

    Jenayah rasuah bermula apabila terdapat transaksi (pemberian) sebarang imbuhan kepada penjawat awam bagi tujuan menyalahgunakan kuasa mereka..
    Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa hukuman kepada pemberi rasuah adalah jauh lebih berat daripada penerima rasuah..

    Apa pun sama2 la kita menolak jenayah rasuah dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan dan keamanan kita semua..

    Terima Kasih..

    BalasPadam
  6. Rakyat harus menjadi warga celik undang - undang bermula dari sekarang. Sebagai contoh apabila serbuan dilakukan ke premis persendirian atau rumah. Sekurang kurangnya perlu kehadiran seorang Pegawai Kanan PDRM berpangkat sekurang kurangnya Inspektor untuk memasuki premis/rumah tanpa waran.

    BalasPadam
  7. Rakyat harus menjadi warga celik undang - undang bermula dari sekarang. Sebagai contoh apabila serbuan dilakukan ke premis persendirian atau rumah. Sekurang kurangnya perlu kehadiran seorang Pegawai Kanan PDRM berpangkat sekurang kurangnya Inspektor untuk memasuki premis/rumah tanpa waran.

    BalasPadam
  8. sallam nak tnya adakah hak polis memeriksa hendphone kita tampa meminta kebenaran terlebih dahulu kepada kita mohon penjelasan nya tuan?

    BalasPadam
  9. Adakah di dlm kuasa polis semasa sekatan jln raya menahan & saman kenderaan yg di tampal lencana di nombor plate? Adakah kerana pemandu itu seorg wanita. Sedangkan ada kereta lain yg turut menampal lencana tp tidak ditahan.

    BalasPadam
  10. Adakah didlm bidang kuasa polis trafik semasa sekatan jln raya utk menahan & menyaman kereta yg menampal lencana di no. plate? Adakah kerana pemandu terbabit seorg wanita muda maka dia disaman. Sedangkan pd masa sama terdpt kenderaan lain yg ditampal lencana tidak ditahan. Mohon pencerahan. Tq

    BalasPadam
  11. Assalam Tuan.bagaimanakah SOP pemeriksaan awam yg sebetulnya.contoh; keenderaan awam yg memasuki permis terkawal.adakah anggota bertugas yg perlu mebuka bonet kereta atau pemilik keenderaan tersebut?

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.