MAIN MENU

Footer Pages

14 Nov 2012

7 LOKASI TERBAIK DIDUNIA UNTUK MEMBELI BELAH

Manusia memang tak dapat dipisahkan dari yang namanya belanja dan membeli belah. Manusia selalu mengagungkan pola kehidupan konsumtif, dan memang sudah kehendak dan tuntutan manusia sebagai makhluk yang tak pernah puas, ketika barang yang satu terbeli, akan muncul keinginan untuk membeli barang lainya. Oleh kerana itu tidak hairan jika usaha membeli-belah selalu laris diserbu ramai orang. Di berbagai belahan dunia ini, ada berjuta-juta kawasan membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan mulai dari kelas bawahan hingga kelas tertinggi yang mana harganya sampai berjuta-juta ringgit. Dan menurut buku keluaran national Geographic yang berjudul The 10 Best of Everything, ada 7 Kawasan Perbelanjaan terbaik di dunia, iaitu :

1. Bahnhofstrasse, Zürich, Switzerland The Bahnhofstrasse, sebuah kawasan membeli-belah di Zürich adalah shopping venue yang menakjubkan, di sebuah jalan sepanjang 1.4 kilometer ini, anda akan mendapati banyak tempat membeli-belah papan atas Switzerland. Bermula dari store pakaian rancangan desianer-berjenama terkenal, kasut, bulu, aksesoris, seramik, perhiasan. Dan, tentu saja, jam tangan Swiss.
2. Rodeo Drive, Beverly Hills, California Rodeo Drive berjaya dikemas dalam kemewahan yang cukup berani untuk memenuhi syarat sebagai salah satu kawasan membeli-belah yang paling glamor dan mahal di dunia. Kawasan ini adalah pusat membeli-belah store yang menjual pelbagai produk butik model Eropah dan Amerika, dengan pemandangan malam yang indah, air pancut, dan lampu-lampu jalan yang romantis, menjadikan Rodeo sebagai tempat kegemaran belanja para selebriti.
3. Laugavegur, Reykjavík, Iceland Jalanan di sepanjang pusat bandar Reykjavík ini adalah pusat membeli-belah utama di Iceland. Banyak butik pakaian dan kedai-kedai yang menawarkan pelbagai aksesori, barangan kulit, kosmetik, pakaian, buku, muzik, dan pakaian hasil rajutan buatan tangan yang terbaik dan barang-barang wul. Jika anda membeli baju dari salah satu rumah mode tempatan di kedai-kedai ini, maka yakinlah itu adalah produk asli.
4. Ginza, Tokyo, Jepun Ginza, adalah tempat yang tak boleh anda ketinggalan jika anda melancong ke Jepun. Kawasan ini terdiri daripada lapan blok, merupakan kawasan membeli-belah yang paling eksklusif Tokyo. Di sini, kalian boleh mencari pelbagai barangan kesenian khas jepang, baju, accesoris, mainan asli buatan Jepun, dan masih banyak lagi. Dan Harga yang dipaut untuk barang-barang yang dijual di kompleks ini memang bukan harga main-main, hampir semuanya dalam berjuta-juta. Bahkan saking eksklusifnya kedai-kedai Ginza, Dulu presiden Soekarno selalu belanja di Ginza jika sedang mengadakan mesyuarat di Jepun
5. Fifth Avenue, New York City New York Fifth Avenue adalah pusat membeli-belah yang menjual pelbagai pakaian berjenama seperti Ferragamo, Harry Winston, Versace, Emanual Ungaro, Gucci, Henri Bendel, Tiffany, Steuben, Christian Dior, dan masih banyak lagi. Hal ini membuat New York 's Fifth Avenue menjadi surganya kawasan membeli-belah. Selain itu di sepanjang jalan selalu ada pemandangan-pemandangan malam bandar New York. Saking mewahnya, bahkan boleh berjalan kaki di kaki lima yang ramai di Fifth Avenue merupakan suatu kehormatan dan kebanggaan tersendiri.
6. Magnificent Mile, Chicago, Illinois Kawasan membeli-belah yang Hanya terletak beberapa kilometer dari Tasik Michigan ini banyak memaparkan keglamoran sebuah pusat membeli-belah, North Michigan Avenue adalah rumah bagi produk-produk ternama seperti Gucci, Neiman Marcus, Lord & Taylor, Brooks Brothers, dan Hermes, serta Bigsby & Kruthers, Di akhir minggu, kawasan membeli-belah ini selalu disesaki ribuan cloth hunter yang datang dari seluruh dunia.
7. Avenue Montaigne, Paris, Perancis Avenue Montaigne, terletak di segi tiga emas antara Champs Élysées dan Sungai Seine, merupakan jalan yang paling mewah di Paris. Dipenuhi dengan pelbagai store yang menjual butik rancangan Bulgari, Louis Vuitton, Emmanuel Ungaro, Guy Laroche, Christian Dior, dan Nina Ricci, menjadikan kawasan ini menjadi syurga bagi para wanita pendamba kemewahan dan keglamoran.

Bagaimana anda telah bersiap sedia kesana ? 
Sumber Asal : Thewondrous.com | Olahan Semula akuanakpahang
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Dalam negeri pun kome x habis lagi peginye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul weh... Malaysia pun tak abis ronda lagi :)

      Padam
  2. salam..
    perghh..beli tiket je
    dah setahun gaji ni Yassin
    kalau nak ke sana..tak mampulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... nie utk org berlebih duitlah yak :) singgah ke kita tengok ajelah :(

      Padam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.