MAIN MENU

Footer Pages

14 Nov 2012

LESEN TELEVISYEN MALAYSIA SUATU KETIKA DAHULU

Entri sekadar kenang-kenangan untuk tatapan jenarasi hari ini jangan tidak tahu. Suatu ketka dahulu kalau nak tengok TV mesti kena ada lesen TV bayaranya RM 24.00 setahun. Kalau tidak ada lesen sesaja boleh di kenakan denda tak kurang RM 60.00. Biasanya kalau dahulu bila datang pengkuatkuasa RTM ini kalau TV kita tidak ada lesen pasti berbagai alasan yang kita bagi paling popular TV rosak dan sebagainya nak malang siap di test lagi oleh pengkuatkuasa tersebut...  nak malang terkena :( Di bawah ini sedikit catatan yang telah di ambil daripada wikipedia.

Lesen televisyen (atau lesen penerima penyiaran) ialah lesen rasmi yang wajib dipegang oleh sesiapa yang menerima siaran televisyen (dan adakalanyan juga radio) di sesetengah negara, sebagai satu bentuk cukai sandaran bagi membiayai penyiaran awam, sekaligus membolehkan penyiar awam menyiarkan rancangan tanpa atau dengan sedikit dana dari iklan.

Pada zaman awal penyiaran, timbulnya masalah pembiayaan bagi perkhidmatan para penyiar. Sesetengah negara mengamalkan pengiklanan, tetapi yang lain pula menguat kuasa langganan awam wajib yang berbentuk lesen penyiaran yang dibayar oleh isirumah yang memiliki peti radio (dan lama-kelamaan, peti TV juga).

UK ialah negara pertama yang mengamalkan pembiayaan melalui langganan awam wajib yang mana wang yuran lesen disalurkan kepada BBC yang diasaskan melalui Piagam Diraja untuk menghasilkan rancangan biayaan awam sambil mengekalkan kebebasan dari pengaruh kerajaan dari segi pengurusan dan kewangan. Lesen ini pada asalnya dikenali sebagai lesen radio.

Setelah bangkitnya televisyen, ada negara yang telah mendirikan lesen televisyen tambahan yang berasingan, manakala yang lain sekadar menaikkan lesen untuk menanggung perbelanjaan siaran TV, maka bertukarnya nama "lesen radio" menjadi "lesen TV" atau "lesen penerima". Kini, kebanyakan negara membiayai siaran radio awam dari yuran lesen sama yang dimaksudkan untuk televisyen, namun ada yang masih mengekalkan lesen radio berasingan, atau mengenakan yuran lebih rendah atau tidak mengenakan apa-apa yuran bagi sesiapa yang hanya memiliki peti radio. Sesetengah negara juga mengenakan yuran berbeza kepada pemilik TV warna atau hitam putih. Ada yang memberikan diskaun atau mengecualikan sama sekali pengguna warga emas atau kurang upaya.

Berdepan dengan masalah pengelakan yuran lesen, adanya negara yang hendak membiayai penyiar awam terus dari hasil cukai atau melalui kaedah-kaedah yang lebih sukar dielak seperti bayaran bersama bil elektrik. Penyiar awam kebangsaan di sebilangan negara juga menerima iklan sebagai biayaan tambahan.
 Contoh Televisyen dahulu

Akhirnya lesen televisen ini telah memansuhkan  pada tahun 1999. RTM kini dibiayai oleh cukai kerajaan dan pengiklanan dan hari ini orang sudah tak hairan perkara seumpama ini sedangkan siaran TV berbayar sanggup di bayar ratusan ringgit sebulan.

Beza zaman dahulu satu kampung ada satu TV. Hari ini satu rumah ada berpuluh TV. Zaman dahulu nak tengokTV sikit pun susah... sampai ada sesetengah rumah / kedai di kampung yang mengenakan bayaranya tidak kurang 10sen - 20sen satu kepala.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. ada juga cerita,sembunyi tv dlm semak......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Terkadang siap ada yang tarik wayar mana yang patut yak :)

      Padam
  2. sempat jugak walau dah akhir2,abah frame kan dan gantung kat dinding...heeehee

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.