Menurut kajian terbaru mendapati bahawa berjuta-juta lelaki
tidak tahu saiz bra, pakaian, dan tarikh lahir pasangannya. Bahkan 39 peratus
lelaki bahkan tidak tahun saiz bra isteri mereka. 23 peratus yang lain mengaku
tidak tahu saiz baju pasangan. Bahkan lebih mengejutkan lagi apabila 12 peratus
lelaki tidak tahu tarikh lahir isteri mereka.
"Hasil kajian ini diluar dugaan," ujar Gemma
Mason, marketing manager superdrug, seperti dilaporkan oleh Daily Mail, Sementara hasil daripada kajian tersebut mendapati, 12 peratus wanita
mengaku mengembalikan hadiah pemberian pasangannya. Fakta lain menyebutkan 34
peratus lelaki juga mengaku tidak mengingati apakah aroma wangian kesukaan isteri
mereka.
Berikut ini adalah peratusan 10 perkara yang tidak diketahui
lelaki tentang isteri mereka.
54 peratus lelaki tidak tahu nombor telefon pasangannya
39 peratus lelaki tidak tahu saiz bra pasangan
34 peratus lelaki tidak tahu aroma parfum kegemaran
pasangannya
24 peratus lelaki tidak tahu kedai pakaian kegemaran
pasangannya
23 peratus lelaki tidak tahu saiz kasut pasangannya
23 peratus lelaki tidak tahu saiz gaun pasangannya
20 peratus lelaki tidak tahu saiz seluar dalam pasangannya
12 peratus lelaki tidak tahu tarikh lahir pasangannya
11 peratus lelaki tidak tahu warna rambut semulajadi
pasangannya
10 peratus lelaki tidak tahu unit jabatan pasangannya.
Sebahagian besar, umumnya memang lelaki tidak mengingati sangat tentang perihal pasangan mereka, misalnya nombor telefon. Sebaliknya, tiga perempat lelaki mengakui pasangannya tahu segalanya tentang mereka. AKUANAKPAHANG
Nota di kaki : bukan tidak tahu, mungkin lebih malas mengambil tahu gamaknya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.