MAIN MENU

Footer Pages

1 Dis 2012

CARA MUDAH DAN MURAH MENGHILANGKAN JERAWAT !

Berjerawat? Jom cuba cara mudah ini cuma sapukan sahaja dengan ubat gigi!

Dalam keadaan kecemasan, pakai saja ubat gosok gigi untuk menyembuhkan jerawat. Tak percaya? Dari hasil kajian yang disiarkan laman Livestrong, menunjukkan bahawa ubat gigi bukan hanya memberi kesan yang menguntungkan bagi gigi dan mulut, tetapi juga bagi penyembuhan jerawat.

Jerawat yang tengah meradang biasanya kelihatan merah. Jika anda ingin jerawat lebih kempis dan kering, cubalah sapukan sediki ubat gigi di kawasan yang berjerawat. Dalam hasil penyelidikan disebutkan, ubat gigi akan bertindak sebagai pembersih wajah yang pada akhirnya dapat mengangkat kotoran dari kulit.

Walaupun belum ada hasil kajian terdahulu mengenai manfaat ubat gigi dalam kaedah penyembuhan jerawat, disebutkan bahawa ubat gigi mempunyai kesan mengeringkan sehingga pada akhirnya akan menghilangkan bengkak yang biasanya menimbulkan rasa sakit pada wajah.

Cara pakai: sapukan pada kulit yang berjerawat sebelum anda tidur. Pastikan kedudukan tidur tidak akan menghilangkan ubat gigi yang melekat hingga esok pagi. Semasa bangun tidur segera bilas dengan air sejuk.

Perlu diketahui, penggunaan ubat gigi pada jerawat yang disebabkan oleh bakteria memang berkesan. Namun bila jerawat kerana pengeluaran minyak di wajah terlalu banyak, atau jerawat kerana sel kulit mati, rawatan perlu ditambah dengan penggunaan ubat yang mengandungi salicylic acid. (Hasil kajian rawatan kulit, Skin care research 2005) Sumber: mediaindonesia proactiveforacne.com | Olahan Semula akuanakpahang

U/P : Jika tidak ada kesan atau mendatangkan tindakbalas yang tidak sesuai, tidak perlulah diteruskan!

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 ulasan:

  1. betul3.. ni petua dari mak.. sya selalu gne ubat gigi tuk jerawat.... bayi yg bru lahir dan terkena susu ibu akan naik bintik2 kat muka... blh jgak gne ubat gigi... colgate xder la pasan sgt, darlie sedikit panas dan pedas... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana berkongsi tips dgn kami.

      Padam
    2. Semakin teruk lh lps ltk ubat gigi

      Padam
  2. ubat gigi ea..saya masa sekolah dulu klu ada jerawat je mlm cari gincu bibir mak saya..sapu kat jerawat.esok gi sekolah jerawat dah xde.. :)

    BalasPadam
  3. saya cuba jugak but jadik merah2 mcm kena penampar lah ... btw memang kecut jerawat tuhh.. mengalir air mata jugak .. tahan jea.. thanks for info n_n

    BalasPadam
  4. saya cuba jugak but jadik merah2 mcm kena penampar lah ... btw memang kecut jerawat tuhh.. mengalir air mata jugak .. tahan jea.. thanks for info n_n

    BalasPadam
  5. yup.. mmg bkesan.. tak takut lah pegi diner nt

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.