PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?

Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahar...

Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.

Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan). Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.

Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).

Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).

Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013. Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.

Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir. Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?

Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.
Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.

Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.


Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.
” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.

” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.
” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan  untuk makluman umum.

Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.
Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.

Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain. Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki. Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).” - Sumber mynewshub,ny.

Semoga menjadi iktibar bersama dan bersama berdoa semoga kita semua di bawah lindungan rahmatNYA jua amin.
  
Wassalam, Wa'allahhualam.

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,1,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,20,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH-BUAHAN,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,7,cerita malam jumaat,1,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,2,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,16,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,1,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,11,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,1,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,33,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?
PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?
http://2.bp.blogspot.com/-9goiT_ZgNxk/TyH5ZlW5aOI/AAAAAAAAGYw/XMqJNwIowzw/s1600/gambarributsolar201201.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-9goiT_ZgNxk/TyH5ZlW5aOI/AAAAAAAAGYw/XMqJNwIowzw/s72-c/gambarributsolar201201.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/01/penting-kejadian-ribut-geomagnetik.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/01/penting-kejadian-ribut-geomagnetik.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy