MAIN MENU

Footer Pages

27 Nov 2011

PERJUMPAAN SAHABAT - SAHABAT SMJD BATCH 83/84

Menu dan juadah memang piaw... Jerantut mari memang best dan terbaik :) diantara menu pilihanya : Gulai Ikan Patin Tempoyak, Pais Patin, Masak Lemak cili Api Daging Salai, Goreng Udang Petai, Goreng Sayuran dan tak lupa gulai asam rom campur ayam terbaik dari seorang teman TQ (Fatimah Johar)

Kenangan tetap kenangan... tetap yang terindah :) terima kasih pada sahabat semua yang terlibat bagi menjayakan perjumpaan reunion ini. Lokasi : REST HOUSE JERANTUT. Masa : 26hb November - 12.00 ptg - 3.00 ptg.

Akhir kata alhamdulillah, keseluruhan majlis reunion ini semua berjalan dengan lancar.... seronok dapat bertemu dengan anda semua serta dapat mengeratkan kembali tali silaturrahim antara kita semua. Semoga dipanjang umur dan di murahkan rezeki masih ada pertemuan buat kita semua dilain waktu :) Terima kasih.

Nota dikaki : SMJD - Sekolah Menengah Jerantut Dua. Kini di kenali Sekolah Menengah Padang Saujana Jerantut. (SMPS)

Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi mu tuan tidakkan hilang
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Terima kasih pada yang sudi sponsor hadiah dan cenderamata :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

10 ulasan:

  1. memang best jumpa geng jaman sekolah dulu

    sambal x de ke tu :)

    BalasPadam
  2. salam - ALLAH hu ALLAH sedap nya menu nya tak boleh tahan :)

    BalasPadam
  3. salam..
    wahh..seronok tu..
    ada yang bercucu dah
    agaknya yak...?



    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  4. Zul . Wmsalam - tepat sangkaan aok mmg ada dah yang bercucunya hehehe :)

    BalasPadam
  5. Asaalamualaikum teman, ambo agak terharu dengan impian menjadi kenyataan. Terus mengeratkan persaudaraan. Tahniah dan syabas dirakamkan

    BalasPadam
  6. jemputlah pula dtg reunion smjd 80an pd 25 disember ni wehh..aok tolonglah warwarkan pd yg lain..

    BalasPadam
  7. salam maal hijrah..
    bestnya renion..
    lagilah tinggalkan sekolah bertahun2 lamanya

    pasti banyak kenangan yang hendak dibualkan..
    AAP, ada tak sahabat 1 kelas, bertemu jodoh dengan rakan 1 kelas.. pasti ada bukan>>>
    hehhehe menyibuknya saya

    BalasPadam
  8. Ayu- Salam kembali terima kasih..
    Mmg ada kahwin satu kelas tapi bukan kelas saya kelas member yang lain :)

    BalasPadam
  9. Tahniah...
    memang seronok jumpa kawan2 lama lebih2 lagi yg dah berpuluh tahun terpisah.Pasti byk perkara & cerita utk dibualkan.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.