MAIN MENU

Footer Pages

26 Nov 2011

KENAPA BERKABUS ? BAGAIMANA IANYA BOLEH TERJADI ?

 
 Gambar Ehsan FB Jerantut Kampungku

Kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%. Ia juga boleh terbentuk akibat aktiviti gunung berapi.

Kabus yang tebal dipanggil kabut. Dari segi darjah penglihatan, fenomena ini dipanggil kabut sekiranya darjah penglihatan kurang dari 1 km. Dilihat dari jauh, kabus agak kebiruan, manakala kabut lebih keperangan.

Kabut merupakan awan yang bersentuh dengan tanah, ia merujuk kepada keadaan kabus yang tebal. Kabut berbeza dari kabus cuma dari segi ketumpatannya. Kabut ditakrifkan sebagai awan yang mengurangkan darjah penglihatan kepada kurang dari 1 km, manakala kabus 2 km.

Tempat yang paling berkabut di dunia adalah Grand Banks di lepas pantai pulau Newfoundland, Kanada. Hal ini disebabkan tempat ini merupakan pertemuan arus Labrador yang dingin dari utara dengan arus Teluk yang hangat dari selatan. Daratan yang paling berkabut di dunia terletak di Point Reyes, California dan Argentia, Newfoundland, yang diselimuti kabut lebih daripada 200 hari dalam setahun.

Kabut mengurangkan darjah penglihatan dan boleh menyebabkan kemalangan. Walaupun kebanyakan kapal laut dan kapal terbang mempunyai radar, ia masih bahaya jika cuba berlabuh atau mendarat. Kenderaan darat pula bukan sahaja menghadapai risiko terlanggar kenderaan lain, malah tidak dapat mengelakkan risiko tergelincir dari jalan. Sumber Wikipedia.

Malam ini di Jerantut juga tidak terkecuali...Cuaca berkabus tebal disini... Moralnya kalau cuaca berkabus usahlah merayap sangat :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

1 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.