MAIN MENU

Footer Pages

26 Nov 2011

5 TIPS JIKA TAYAR KERETA TERKENA PAKU ATAU PANCIT

Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan... dah sampai masanya dia nak terkena paku gamaknya :) pun bergitu unsur di khainati juga tidak mustahil.

Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa  kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah


 2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.


Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu. Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan. Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. tq waris satu tip yg amat berguna
    terutama sekali kome yg selalu jalan jauh nih

    BalasPadam
  2. salam..
    Nice tips Yassin..
    menarik untuk di kongsi
    boleh simpan lain kali
    kena stanby..mende gini
    selalu berlaku..


    http://www.zulkbo.com

    BalasPadam
  3. Nanti nak cari tayar pulak, cuba website http://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.