Bekerja sebagai pekerja di pejabat mungkin memberi keselesaan bagi sebahagian besar orang. Tetapi, tanpa disedari, bekerja di pejabat ternyata tidak selamanya menguntungkan.
Menurut sebuah kajian terkini, bekerja di pejabat yang mengamalkan konsep moden boleh memburukkan high otak dan menurunkan produktiviti. Pejabat moden dengan suasana yang ramai ternyata dapat menurunkan kualiti kesejahteraan pekerja hingga 32 peratus dan menurunkan produktiviti hingga 15 peratus.
Seperti yang dapat dilihat di dalam The Secret Life of Buildings, salah satu program yang ditayangkan di stesen Channel 4, para ahli berpendapat bahawa konsep pejabat jenis terbuka (open plan offices) yang banyak diterima pakai saat ini justru merugikan pekerja. Pejabat jenis seperti ini boleh mencetuskan aktiviti yang tidak diingini otak. Aktiviti yang "mengganggu" ini boleh muncul bila-bila masa apabila pekerja menjalankan tugas.
Dalam acara televisyen tersebut dibuktikan bagaimana pekerja yang bekerja di pejabat jenis terbuka mengalami siri gangguan / distraksi yang memecah konsentrasi. Presenter yang juga pengkritik senibina Tom Dyckhoff menjalani sebuah ujian dengan cara menggunakan topi khas yang mengukur gelombang otak ketika dia bekerja di pejabat jenis terbuka.
Pejabat jenis open plan diperkenalkan pertama kalinya pada era 1950-an dan telah berkembang menjadi gaya pejabat yang popular. Pejabat ini direka dengan harapan pekerja boleh bergerak dan berinteraksi secara bebas sehingga menjadi lebih kreatif dalam berfikir dan menyelesaikan masalah.
"Tetapi, buktinya tidak seperti itu. Jika anda sedang bekerja dan mendengar suara telefon di belakang, hal itu membuat konsentrasi anda buyar. Meskipun anda tidak sedar pada saat itu, tetapi otak tetap memberikan respons terhadap distraksi," ungkap Dr Jack Lewis, ahli saraf yang mengasaskan ujian tersebut.
Pejabat-pejabat bergaya moden, yang tidak membenarkan dekorasi barang peribadi atau adanya tembok atau meja-meja, justeru tidak membantu pekerja. Dr Craig Knight, psikologi dari Exeter University, berkata, kebebasan yang diberikan kepada pekerja untuk mendekorasi atau merancang ruangannya secara peribadi dapat meningkatkan prestasi di pejabat. Syarikat-syarikat menyukai cadangan memberikan ruang kecil untuk pekerja bekerja dan semuanya seragam tanpa adanya embel-embel yang tidak perlu.
"Namun, dalam percubaan yang kami lakukan, para pekerja memberi respons yang lebih baik pada ruang yang telah ditambah dengan gambar-gambar dan tanaman. Jika mereka diberi kebebasan untuk menghiasi ruangannya dengan barang mereka sendiri, itu akan meningkatkan kesejahteraan mereka hingga 32 peratus dan produktiviti hingga 15 peratus, "terang Knight. Hal ini, katanya, disebabkan kerana mereka dapat melebur dengan persekitaran sekitarnya, merasa lebih selesa, dan lebih menumpukan perhatian. - Sumber www.lembaga.us
AAP - Terkadang memang berasa jemu juga duduk di pejabat sokmo-sokmo yek :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
kadang tu boleh beku juga otak asyik dok ngadap pc aje..peluh pun x kluar
BalasPadam