INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
17 Nov 2011
PENGUSAHA BOT DI MINTA TINGKATKAN KESELAMATAN KE ULU TEMBELING
Pengusaha bot pelancong di Kuala Tembeling dinasihatkan supaya menyediakan peralatan keselamatan yang cukup semasa membawa penumpang ke Taman Negara, khususnya ketika musim tengkujuh.
Selain menyediakan jaket keselamatan, pengusaha juga perlu memasang pelampung atau peralatan keselamatan lain pada bot sebagai persediaan menghadapi insiden yang tidak diingini. Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Supritendan Zakaria Kassim berkata, terdapat 80 pengusaha bot yang menawarkan perkhidmatan membawa pelancong ke Taman Negara setiap hari dari jeti Kuala Tembeling.
"Risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana jua pada musim tengkujuh kerana arus sungai yang deras dan dalam terutama apabila hujan lebat berterusan. "Selain itu, pemandu bot juga perlu berhati-hati agar tidak terlanggar batang balak yang hanyut dibawa arus sehingga boleh menyebabkan bot terbalik dan pecah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut beliau, pengusaha dan pemandu bot diingatkan agar tidak membawa penumpang melebihi muatan kerana ia boleh mengundang bot karam bila bertembung arus air sungai yang deras. Sumber Utusan Malaysia 16 Nov. 2011
AAP - Sepanjang pengalaman saya, apa yang saya nampak soal keselamatan kurang diberi perhatian dan diambil berat oleh pihak pengusaha bot daripada Kuala Tahan Ke Ulu Tembeling. Terutama permakaian jaket keselamatan dan soal muatan bot itu sendiri. Sepatutnya perkara tersebut semuanya diambil kira. Paling penting baju keselamatan @ jaket keselamatan sepatutnya disediakan oleh pengusaha bot bagi setiap bot yang beroperasi.
Bukan saya kata tidak ada cuma segelintir pihak sahaja yang menyediakan kemudahan tersebut. Semoga permantauan dan tindakan sepatutnya dapat di buat oleh pihak tertentu bagi menjamin tahap keselamatan orang ramai, yang mana tidak terarah pada musim tengkujuh sahaja. Sebaiknya ianya dibuat di setiap masa. "Kerana malang itu tidak berbau" dan "jangan sampai nasi sudah menjadi bubur".
Tetap memikir panjang bila sesekali di arah mudik :(
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Assalam..
BalasPadamTakut juga untuk pelancong naik bot kalau ciri2 keselamatan tak diambil berat..
Iza - Wmsalam tidak maksudnya sampai menakutkan semuanya pun ok... cuma jika diambil berat soal keselamatan atau diperkemaskan lagi utk penambah baikkan lebih cantik dan lebih sempurna.
BalasPadam