MAIN MENU

Footer Pages

18 Nov 2011

TIPS KEBAHAGIAN UNTUK KITA MENJADI BAHAGIA.

Seringkali kehidupan ini terkadang mencemaskan kita dalam ertikata mencari kebahagian. Namun ada kunci kebahagiaan yang perlu kita cari dan lakukan sehingga hidup ini menjadi lebih ceria dan selesa. Pastikan hal-hal berkaitan dibawah ini dituruti :

KESIHATAN
1. Minum air yang banyak.
2. Makan pagi seperti seorang raja, makan tengah seperti pangeran dan makan malam seperti pengemis.
3. Utamakan makanan yang berasal dari tumbuhan dan kurangkan makanan yang dihasilkan dari kilang.
4. Hiduplah dengan 3 E iaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy.
5. Sediakan waktu untuk berlatih meditasi, yoga dan berdoa.
6. Main banyak game. ( tidak pasti :)
7. Lebih banyak membaca berbanding tahun sebelumnya.
8. Duduklah dalam keheningan minimal setiap hari 10 minit.
9. Tidurlah selama 7 jam.
10. Ambil 10-30 minit untuk berjalan setiap hari. Lakukan itu sambil tersenyum.

KEPERIBADIAN
1. Jangan membandingkan hidupmu dengan orang lain.
2. Jangan punya pemikiran negative yang tidak boleh anda kendalikan. Lebih baik laburkan pada hal-hal yang positif.
3. Jangan terlalu berlebihan. Ingat batasan yang ada pada diri anda.
4. Jangan terlalu serius. Tak ada seorang pun yang melakukannya.
5. Jangan menghabiskan waktu anda untuk gossip.
6. Lupakan hal yang telah lalu. Jangan mengingati kesalahan pasangan di masa lalu, yang menghalang kebahagiaanmu di masa akan datang.
7. Hidup ini sangat pendek untuk membenci orang lain. Jangan membenci.
8. Berdamailah dengan masa lalumu sehingga itu tidak merosakkan masa depanmu.
9. Tidak ada yang bertanggung jawab atas kebahagiaan anda selain diri anda.
10. Sedarilah bahawa hidup itu adalah sekolah dan anda hadir di dunia untuk belajar.
11. Senyum dan tertawalah sebanyak mungkin.

SOSIAL
1. Bicaralah dengan keluarga sekerap mungkin.
2. Setiap hari berilah sesuatu yang baik kepada orang lain.
3. Maafkan setiap orang untuk segalanya.
4. Berikan masa untuk mereka yang berusia diatas 70 dan dibawah 6 tahun.
5. Cubalah memberi senyum kepada paling sedikit 3 orang setiap hari.
6. Apa yang difikirkan oleh orang lain bukanlah urusan anda.
7. Pekerjaanmu tidak akan memperdulikan ketika anda sakit. Tetaplah menjalin hubungan dengan teman-teman.

KEHIDUPAN
1. Lakukan perkara yang benar.
2. Apapun situasi yang kita hadapi, baik atau buruk, hal itu akan berubah.
3. Tak peduli apa-apa yang anda rasakan, bangunlah, Berdandanlah dan tunjukan dirimu.
4. Ingatlah, yang terbaik pasti akan datang.
5. Jika bangun di pagi hari, bersyukurlah kepada Tuhan.
6. Bersikaplah selalu gembira dan ceria.

Sumber : Cyber Information

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

2 ulasan:

  1. semoga kita bahagia selalu walaupun semua tips tu x dpt nak ikut kesemuanya

    BalasPadam
  2. Impikan bahagia yg berpanjangan...InsyaALLAH

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.