Di Malaysia, kegagalan seseorang mengenali simptom kemurungan akibat kurang
kesedaran dan pengetahuan mengenai masalah itu, menyebabkan ramai tidak dirawat
daripada awal. Dia mungkin mengalami satu atau lebih simptom
gangguan ‘circadian rhythm’ atau ritma sirkadian seperti rasa sedih dan kosong,
hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, cepat letih, kurang bertenaga, mudah
berputus asa serta menganggap diri tidak berguna.
Gangguan ritma sirkadian yang berlaku akibat perubahan kitaran tidur juga dikenal pasti sebagai antara punca utama kemurungan. Ia juga penyakit keempat paling berbahaya di Malaysia dan memberi kesan hingga 10 peratus dalam populasi negara. Tidur mempunyai kesan pemulih terhadap proses fizikal dan mental. Malah, tidur juga adalah komponen penting dalam kesihatan fizikal dan mental yang baik, di samping penting bagi fungsi kognitif yang optimum.

Kebanyakan pesakit yang mengalami kemurungan
menghadapi masalah tidur. Namun, tidak semua yang mempunyai masalah tidur mengalami kemurungan. Penilaian
berhati-hati penting untuk merangka rawatan termasuk ubat-ubatan, kaunseling
dan terapi.
Simptom kemurungan
·
Perasaan sedih dan kosong
·
Hilang minat terhadap aktiviti kegemaran
·
Cepat letih
·
Menganggap diri tidak berguna
·
Kurang bertenaga
·
Mudah berputus asa
·
Hilang selera makan
·
Mengalami gangguan tidur
·
Penurunan berat badan
·
Kerap marah
·
Perasaan tidak tenteram
·
Menganggap mati lebih baik daripada hidup
·
Kurang fokus
·
Sukar membuat keputusan
Disunting drp Harian Metro.Sedikit sebanyak amalan gaya hidup sihat dan mengambil waktu tidur yang betul amat membantu mengurangkan permasalahan kemurungan ini... mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
salam Yassin..
BalasPadamjangan murung-murung
bawaklah bergembira
tak gitu..he he
dont worry be happy :)
BalasPadamBetul sangat tu jgn byk mikir senyum sokmo bawak berborak nan rodong jgn pendam sorang yak hehehe...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamAAP, semua tuh ada pada sy, kecuali penurunan berat badan. Hehehe. Alhamdulillah skrg dah ok. Dah kembali mcm dulu2.
kena kerap berodong, baru banyok aktiviti nak dibuat...
BalasPadamnama nya pun.. sirkadian? salah sebut dah mcm kardashian..hehee..
BalasPadamnway, jemput ke blog saya,..ada nama anda di sana... check it out! =]
semua org pun ada masalah masing2.. cuma kesihatan dan waktu tidur tu kenalah jaga juga
BalasPadam