Saranan membukukan istilah dan perkataan dalam bahasa dialek berupaya memelihara kelangsungan bahasa serta budaya sesebuah negeri, selain memperkayakan kosa kata bahasa Melayu yang kaya dengan pelbagai loghat. Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Mohamad Saleeh Rahamad, berkata membukukan istilah dan perkataan dalam loghat daerah bukan saja memainkan peranan dalam penyelidikan bahasa, malah menunjukkan kekayaan budaya serta ketinggian tamadun yang dimiliki pelbagai kelompok masyarakat di negara ini.
“Bahasa akan hilang penuturnya apabila berlaku perubahan dalam masyarakat seperti perpindahan dan peningkatan tahap pendidikan yang menyebabkan seseorang itu mengubah gaya percakapannya mengikut persekitaran.
“Justeru, usaha memanfaatkan istilah dalam bahasa dialek seperti Utara, Pantai Timur dan sebagainya ke dalam bentuk penerbitan patut dijalankan secara serius membabitkan pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi (IPT), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta kerajaan,” katanya ketika ditemui di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8 di sini, semalam.
Saleeh berkata, kurangnya penyelidikan mengenai istilah dalam bahasa daerah menyebabkan banyak perkataan asing diserap ke dalam bahasa Melayu apabila merujuk kepada sesuatu perkara yang tiada istilah tepat dalam bahasa Melayu standard. “Sedangkan, dalam bahasa daerah banyak perkataan yang mempunyai maksud yang tepat dan sesuai dengan budaya masyarakat setempat.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, syor berkenaan akan membantu mengembangkan penggunaan dialek tempatan yang terbukti berjaya memperkayakan bahasa Melayu standard. “Contohnya jika dulu kita menggunakan perkataan ‘menanam modal’, namun kini perkataan ‘melabur’ digunakan yang diambil dari dialek Negeri Sembilan, selain perkataan ‘kelui’ bagi alat kelui yang bermakna ‘panggil’ dalam dialek Kedah,” katanya.
Bagaimanapun, bagi Pakar Bahasa, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, berkata usaha demikian memerlukan satu tujuan yang jelas supaya ia dapat dimanfaatkan secara menyeluruh. “Bahasa dialek mempunyai pengguna yang terhad kepada sesuatu daerah saja dan tidak semua dapat memahami dan menguasai bahasa berkenaan dengan baik.
“Apa yang penting ialah menggunakan bahasa Melayu standard dengan penggunaan bahasa yang rapi dan berbudaya dalam acara atau urusan rasmi. Manakala bahasa dialek pula berkesan dalam menyampaikan ilmu atau gagasan kepada masyarakat pendukungnya,” katanya. - Berita Harian
AAP- Jadi tidak salah jika penulis selalu menggunapakai loghat ibuanda didalam penulisan di blog ini. Mungkin ianya akan menjadikan rujukan dan pengetahuan pihak lain. Jika tidak ditulis dan dibukukan mungkin kelak loghat kita akan hilang jua dan jenerasi muda hari ini langsung tidak mengetahuinya. Moralnya marilah kita bersama membudayakan loghat kita dan bahasa ibuanda kita.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
Paleh aok kome..
BalasPadambete amay te
BalasPadamdeme weh...
keh senalor mengulor
mengkeme, mengkeme... martabatkan basa ibunda kita ni
BalasPadamDok leh lawang set Tganu wooo. Hehehehe
BalasPadammasalahnya ramai antara kita yg lebih suka/bangga guna bahasa asing
BalasPadam