Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara
simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di
sebuah hospital kerajaan di sini.
Bayi seberat 2.5 kilogram
bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi
sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di Jose Fabella Memorial Hospital. "Bayi amat comel dan sihat," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.
“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya. Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho. Pasangan
suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu
dengan cek kecil.
Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk
geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan
perniagaan runcit. Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu
ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang
diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.
“Saya
amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya
dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang,"
katanya. Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia
yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di
dunia hari ini. - AFP
Anda nombor berapa agaknya sebagai penduduk dunia?
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
gila ah..cmne lah diorang boleh simpan data2 budak2 ni..smpi tahu yg bpe juta pye..the best in da world
BalasPadamtahniah pada keluarga bertuah tu..
BalasPadamsalam..
BalasPadama'aa la macma mne dia simpan data2 tu semua ya.. ya la sbb dalam masa beberapa saat je bayi baru akan di lahirkan..
mosykil...dia kira cemana ek
BalasPadamhaha
Ibu Muda - Ada arr data atau rekod tertentu gamoknya yak tu lom campor yang membuang bayi janin dan sebaginya entoh dah dah berpuluh bilion gamoknya yak :(
BalasPadamJom tambah bayi.. tak dapat dah?.. jom tambah isteri ..
BalasPadamerk.. yg keberapa ek
BalasPadamsalam..
BalasPadamkoi ingat lambat lagi
dah 7 biliion rupanya..
he he..ketinggalan
7 billion tu di kira dr zaman bila yek...sebelum masihi atau selepas masihi???
BalasPadam