MAIN MENU

Footer Pages

28 Okt 2011

Jerantut : Gambar Kanak-kanak di hempap pokok kelapa.

DI SINI...Azman menunjukkan lokasi kejadian meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Nurshuhada maut.

Tiada siapa menjangka pokok kelapa itu akan tumbang kerana ketika itu cuaca elok. Lebih memilukan, kejadian disaksikan ramai ahli keluarga,” kata Azman Zainuddin, 41, bapa Nurshuhada yang maut dihempap pokok kelapa di depan rumahnya di Kampung Bukit Lada, Jerantut, Selasa lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa lalu, kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun itu disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut (HJ) di sini.

“Sehari sebelum kejadian anak saya begitu ceria dan banyak bercakap sambil menunggang basikal dalam rumah. Walaupun masih kecil, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjaga saya bila tua nanti,” kata Azman mengimbas kenangan terakhir bersama anaknya. Azman berkata, ketika kejadian Nurshuhada bermain di halaman kira-kira dua meter dari tangga depan rumah apabila sebatang pokok kelapa setinggi 15 meter tiba-tiba tumbang dan menghempapnya, dipercayai kerana akar pokok itu reput.

“Sebelum turun ke halaman, Nurshuhada duduk di tangga bersama lima lagi adik-beradiknya manakala isteri saya berurusan dengan pembekal makanan ikan untuk projek ternakan ikan sangkar yang saya usahakan. - Metro.

AAP - Ajal maut ketentuan illahi jua... Alfatihah dan takziah drp kami. Sebaiknya bagi mereka yang  mendiami rumah berhampiran sungai serta kawasan tanah berpasir tidak bagus juga jika membiarkan pokok-pokok tertentu terlalu berdekatan dengan rumah, tambahan dalam keadaan musim hujan seperti sekarang.


 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

8 ulasan:

  1. berkongsi simpati kepada keluarga arwah..

    BalasPadam
  2. Takziah buat keluarga.. moga redha dan tabah.

    BalasPadam
  3. takziah... hujan le ni memang risau nengok pokok beso ter

    BalasPadam
  4. takziah buat keluarga tersebut...

    BalasPadam
  5. salah satu cerite menyedihkan.....takziah...

    BalasPadam
  6. tiada kata2
    melainkan Al Fatihah diutuskan
    amin

    BalasPadam
  7. Ajal maut ditangan tuhan..
    Takziah pada keluarganya..al fatihah

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.