MAIN MENU

Footer Pages

16 Okt 2011

Jalan kaki cegah ‘pembunuh senyap’

Orang ramai perlu menjadikan senaman berjalan kaki sebahagian gaya hidup sihat yang bukan saja dapat memantapkan kesihatan, tetapi mampu mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang juga pembunuh senyap. Amalan berjalan kaki sejauh enam kilometer sehari mampu mengurangkan masalah kesihatan seperti obesiti dan tekanan.Katanya, statistik pada 2006 menunjukkan sebanyak 14. 2 peratus masyarakat negara ini adalah obes dan 29.1 peratus berusia 18 ke atas mengalami masalah berat badan yang menjadi punca NCD akibat amalan gaya hidup tidak sihat.

Masalah NCD ini seperti kencing manis, kanser, penyakit pernafasan kronik dan darah tinggi semakin meningkat setiap tahun situasi ini amat membimbangkan. Malah, kanak-kanak seawal usia 11 tahun turut mengalami obesiti. Ini adalah perkembangan yang tidak baik untuk masyarakat negara kita. Sebaiknya setiap individu menjadikan senaman berjalan kaki ini sebagai satu budaya. - Sumber disunting drp Berita Harian Online.

Moralnya senaman kena buat... kalau tak larat buat hak berat... padan dah berjalan kaki aje yak :) perangai orang kita nie memang payah sikit... tak cakap ker org lain... diri sendiri pun...  gamaknya terlebih  Vitamin M -  Malas :( berjalan kaki pun malas huhuhu....

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. 5km jalan pun penat.kenala slow2 jalan sampai achieve 10km.penat......masuk bsn-putrajaya night run semalam.

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    koi setuju sangat..
    pernah dengar rakan doktor
    pun cakap..jalan kaki
    lagi baik dari jogging
    kena pula yang jenis merokok
    takut jantung tak tahan
    bila berlari jadi terbaik
    kena mulakan dengan berjalan

    BalasPadam
  3. berjalan kaki terapi kesihatan yg terbaik rupanya yek

    BalasPadam
  4. salam...

    elok untuk pencegahan...tapi kalo dah kena, payoh dah...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.