Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka
yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan
waris kepada simpanan mereka. KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum
yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa
untuk menuntut simpanan ahli.”Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya
RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus
menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk
disalurkan kepada tanggungan mereka,” kata Pengurus Besar Perhubungan
Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.Katanya,
proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana
ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan
KWSP terdekat. Muat turun Borang KWSP 4
Beliau berkata, penamaan KWSP akan mengatasi wasiat bertulis dan bagi
ahli beragama Islam yang mempunyai penamaan, penama akan bertindak
sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpnanan itu
mengikut Hukum Faraid. Nik Affendi berkata, tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat
perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah
Pembahagian dari pihak berkuasa bagi menyokong tuntutan simpanan ahli
yang meninggal dunia.
“Langkah itu perlu bagi mengelak penipuan pengeluaran dan memastikan
simpanan ahli diberi kepada mereka yang benar-benar berhak,” katanya. Sementara itu, KWSP juga melancarkan kempen pengiklanan penamaan sekali
lagi mulai hari ini hingga 5 November ini untuk menggalakkan lebih ramai
ahli menamakan waris kepada simpanan mereka.
Di samping kempen pengiklanan menerusi radio dan media cetak, promosi
juga akan dijalankan di kaunter perkhidmatan, melalui Pusat Panggilan
serta laman Facebook rasmi KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan
Twitter (KWSPBuzz). Nik Affendi berkata, pada suku kedua tahun ini, 4.71 juta ahli
menamakan waris mereka berbanding 4.58 juta ahli pada suku pertama tahun
ini. – BERNAMA
AAP - Lebih mudah jika sekiranya ada penama pewaris awal-awal lagi, bukan apa bimbang ada masalah di kemudian hari nanti waris yang berhak sudahnya berputih mata. :(
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
koi punya dah abih lalu difaraid....
BalasPadamlama x semak entah berapa gamoknya
BalasPadamnok buat faraid jugak la :)
Esok nak pergi pejabat Bidang Pan ini...
BalasPadamrasanya kwn doh bubuh dah nama pewaris tu dulu
BalasPadam