SEORANG penduduk kampung yang enggan dikenali menunjukkan objek kecil
dililit seperti pocong di Kampung Parit Sempadan, Batu Pahat semalam.
Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja, Muar gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.
Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian. Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.“Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973. - Kosmo
AAP - Ingat manusia aje pandai membuang anak, pocong pun dah reti juga membuang anak sekarang nie kacau juge :)
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
haru2 pocong dah tiru perangai manusia, pandai buat x pandai nak jaga anak
BalasPadammaru2
Deme nok main2 juga gaomoknya yak :)
BalasPadamada org nak menyakat dia la tu agoknya
BalasPadam