Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). Bukan bertujuan untuk mempertahankan Zizan, namun Mynewshub.my pernah berjumpa pelakon ini, beliau adalah seorang yang berbudi bahasa dan memiliki pekerti yang baik. Mengapa dialog ini terkeluar dari mulutnya bukan untuk kami menilainya. Ada pihak lain terutama Ahmad Idham yang perlu menjawab mengapa jadi begini. Bagi pihak Zizan, mungkin kegagalan beliau untuk memahami apa yang diucapkan itu menjadi punca mengapa dialog seperti itu boleh wujud dalam filem berkenaan.
Namun, apa yang penulis skrip fikirkan masa menulis ayat itu? Apa yang harus dikeluh-kesahkan ialah mengapa badan-badan berkenaan seperti Lembaga Penafisan Filem (LPF) tidak menilai dengan terperinci filem ini sebelum membenarkannya disiarkan. Membaca komen-komen di Youtube, ramai yang berkata mereka hanya gelak apabila melihat adegan berkenaan tanpa menyedari kesilapan yang wujud. Pokok pangkalnya, rasanya apa yang berlaku ini mudah sahaja, kejahilan dalam hal agama dan kelalaian pihak yang berkenaan menyebabkan wujudnya babak yang demikian.
Mungkin filem itu perlu ditarik balik dari pasaran atau penyuntingan kali kedua dilakukan segera. Ini soal akidah yang tidak boleh dipandang rendah. Setakat ini, Dewan Pemuda PAS sudah mengeluarkan kekesalan mereka atas apa yang terjadi. Tahniah kepada mereka dan Ketuanya, Nasrudin Hassan.
Cuma jangan benda ini dijadikan isu politik dengan persoalan seperti apa yang Pemuda UMNO pula buat? Takkan kita nak harap Azeez Rahim bagi komen benda-benda camni kan, atau Reezal Merican Naina Merican. Ini semua muka publisiti murahan. Apa yang perlu, insiden ini hendaklah disiasat, pihak yang bersalah perlu bertanggungjawab, permohonan maaf kepada semua umat Islam harus dilakukan dan kesalahan ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang. Untuk berlaku adil kami letakan klip yang mana berlaku kesilapan dalam dan kejahilan agama dalam filem itu.
Nilai sendiri dan kita suarakan dengan berhemah kekecewaan kita.
Sumber mynewshub.my. Entri sekadar satu perkongsian sahaja.
AAP - Isu ini nampak remeh bagi sesetengah orang, namun apapun ini adalah soal akidah, yang tidak boleh dipandang rendah, amat bahaya jika kita sebagai orang islam mempermainkan perkara seumpama ini. Secara sengaja atau tidak sengaja.
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Bengong dia orang ter...
BalasPadamBelajo balik weh....
BalasPadamsalam..
BalasPadammemang tak patut..
tak perlu rasanya
samapi nak sebut begitu
untuk menghidupkan
watak..banyak cara lain
kena cek balik dgn siapa penulis skrip cerita ni.
BalasPadamboleh jatuh syirik kpd Allah dgn ucapan tu seolah2 mempermainkan
BalasPadambanyak lagi ucapan selain tu kalau pun nak berlakon pun
sengaja cari penyakit ke tu...
BalasPadamsalam..
BalasPadamrasanya ini bukan yg pertama.. harap lepas ni pihak2 yg terbabit lebih peka terhadap isu ini..
Assalam..
BalasPadamKoi dah langgan filem ni kat Astro tapi x perasan pulak dgn sebutan tu..apapun kalau betul memang pihak penerbit mahupun pelakon perlu sensitif dgn benda2 mcm ni
Emmm... videonya telah di kunci di Youtube :(
BalasPadamORANGPERLIS MENULIS (update):
BalasPadam: Kesalahan dalam filem HANTU BONCENG didedahkan