MAIN MENU

Footer Pages

19 Sep 2011

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Simpan 30 sen sebulan boleh tunai haji.
Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, daripada Kuching,  yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini. Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.

Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji. “Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah. “Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini. - Sumber di sunting drp Berita Harian.

AAP -  Syabas diatas kecekalan Pakcik ini, semoga menjadi pedoman untuk diri saya sendiri. Semoga dijadikan contoh utk orang lainnya. Kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih.

 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah.Gaji kecik pun lepas ke sane.Yang gaji ribu2 sangkut sokmo.

    BalasPadam
  2. Nizam, betul ngat te.. makala nok seribu daye yak :)

    BalasPadam
  3. Selamat menunaikan fardhu haji, Pakcik. Mudah-mudahan Allah kurniakan sesuatu disana dan selamat kembali.

    BalasPadam
  4. Yang penting pd niat tu klau yg baik2 insyaallah akn di makbulkan sekali pun lambat.

    BalasPadam
  5. itulah dinamakan berkatnya rezki
    walau duit berjuta belum tentu berkat
    nya

    BalasPadam
  6. Tapi tak cukup lagi untuk beli cincin berlian...

    BalasPadam
  7. salam Yassin..
    alhamdulillah...
    terharu koi membacanya
    berazam betul pak cik tu
    tercapai jua hajatnya..

    semoga Allah permudahkan
    beliau bila di tanah suci
    nanti..amin.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.