Pengorbanan dan semangat perjuangan tulen pada diri datuk saya harus dikenang. Beliau contoh rakyat yang sayang dan cintakan bangsa, negara dan agama. Jika insan seperti Allahyarham serta beberapa tokoh lain tidak dihargai, kita sebenarnya tergolong dalam kategori manusia yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur, katanya. Mohd Alhamadi yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Kempadang, di sini, berkata ketokohan datuknya jelas terlihat apabila tidak pernah lokek dengan ilmu dimiliki dan sering menjadi rujukan penduduk setempat yang keliru atau tidak faham ilmu agama. Beliau juga guru silat dan ada ramai anak murid. Tidak kira yang kecil hingga besar. Selain itu, beliau mengajar anak kampung mengaji al-Quran. Semangat cintakan negara dimiliki Mat Kilau seharusnya turut ada pada setiap jasad bangsa Melayu hari ini jika tidak ingin melihat anak bangsa kita kembali dijajah.
Semangat seperti itu perlu terus ditanam dengan subur pada jiwa bangsa Melayu bagi memastikan tanah air dicintai bebas daripada ancaman, katanya. Mat Kilau mempunyai 10 anak hasil tiga perkahwinan dan ramai cucu cicitnya masih ada dan menetap di beberapa kampung di Jerantut dan Kuantan. Sepanjang enam tahun bermula 1890 hingga 1896, Mat Kilau berjuang menentang sebarang bentuk penjajahan di bumi Pahang dan selama itulah bukan sedikit darah dan keringat mengalir dari tubuh pahlawan berkenaan.
Bukan keterlaluan jika dikatakan didorong perjuangan Tok Bahaman, Tok Gajah (ayahanda Mat Kilau) dan Mat Kilau, orang Inggeris akhirnya terpaksa mengakui pendudukan mereka di bumi bertuah Pahang tidak direstui dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar. Mat Kilau yang pernah menggunakan nama Mat Dadu, Mat Dahan dan Mat Siam ketika dalam pelariannya daripada dikesan askar Inggeris menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 105 tahun pada jam 6.45 pagi, 16 Ogos 1970 dan dikebumikan di Pulau Tawar, Jerantut. - Sumber di sunting drp Berita Harian Online
AAP - Semoga hendaknya bukanlah kita jenis bangsa "bagaikan kacang lupakan kulit" Sebaiknya rumah tersebut sepatutnya dijaga dan dijadikan tapak sejarah. Namun nampaknya tiada pihak yang ambil peduli akan situasi ini. Sememang perkara ini amat mendukacita kita semua. Jika direnung ianya hanya sekadar tinggal sebuah nama bersama seribu kemegahan dalam kenangan. Alfatihah buat Allahyarham Pahlawan Mat Kilau.
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
setuju dgn entry ni :-)
BalasPadamrumah seorang pahlawan.!!great..!!
BalasPadamcun
xyz4mir.blogspot.com
tunggu Mat Sabu datang....
BalasPadamAl-Fatihah buat moyang Mat Kilau
BalasPadamapakah sejarah hanya untuk dikenang tanpa bukti
BalasPadamAl Fatihah utk Tok Mat Kilau
AUC - kawan setuju benor dgn kata aok tu : apakah sejarah hanya untuk dikenang tanpa bukti... sudahnya orang lain boleh mengubah faktanya :(
BalasPadamJANGAN UBAH SEJARAH!
salam..
BalasPadamduit kerajaan banyak..
pahlawan gini lah yang kita
patut simpan sejarahnya
baik gambar atau barangan
bukti beliau..begitu jua
rumah ni..harap pihak berwajib
ambil perhatian dan langkah
segera..