MAIN MENU

Footer Pages

20 Sep 2011

Batu Pusat dan Titik Tengah Semenanjung Malaysia

Batu titik tengah Semenanjung Malaysia
Begitu banyak perbahasan berkaitan dengan batu titik tengah Semenanjung Malaysia ini. Ada yang mengatakan di Temerloh, Maran, Lipis dan sebagainya. Persoalannya dimanakah sebenar terletaknya Batu Tanda atau Titik Tengah Semenanjung Malaysia? Bagi penulis amat yakin Batu Pusat atau Titik Tengah ini berada dikampung Belimbing dalam Mukim Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis dan berada di tepi jalan utama Jerantut - Benta.

Kerana disana ada bukti dan kesahihanya seperti gambar diatas. Sepertimana telah disahkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Batu ini dipercayai merupakan pusat bagi Semenanjung Malaysia jika diukur daripada satu sudut Garis Pusat.
Jabatan Ukur Dan Pemetaan mengesahkan Batu GPS (Global Positioning System) merupakan batu tanda pengukuran yang digunakan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Batu disitulah letaknya tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Difahamkan kawasan tersebut terbiar serta dipenuhi semak samun. Sepatutnya jalan masuk ke tempat tersebut diletakkan sebuah papan tanda bagi menarik perhatian kerana tidak ramai yang mengetahui di mana letaknya tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Sebaiknya ada tindakan daripada pihak yang berwajib seperti Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Lipis, Kementerian Pelancongan serta agensi-agensi berkenaan dapat memajukan serta membangunkan kawasan tersebut disamping mengkomersialkannya agar dapat menjadi salah satu pusat pelancongan dinegara ini.
Sementara itu Batu 'O' yang terdapat di Bandar Kuala Lipis ini tidak ada kena mengena dengan batu pusat atau titik tengah Semenanjung Malaysia ianya sekadar sebagai lokasi permulaan bagi mengira perbatuan atau jarak bagi bandar ini ke lain-lain destinasinya. Yang pastinya ianya bukan batu pusat atau titik tengah Semenanjung Malaysia.

Banyak juga pihak-pihak tertentu yang mendakwa batu pusat atau titik tengah ini berada di kawasan lain termasuk di Temerloh, Maran dan kawasan-kawasan lainya namun mungkin perkara ini boleh juga dirujuk DISINI

AAP - Satu kelebihan dan kebanggaan juga buat penduduk Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis. Penulis juga tumpang berbangga.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 ulasan:

  1. ye ke? selama ni sy ingatkan titik tanda tengah semenanjung yang dekat depan pejabat pos kuala lipis tu...

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    kalau berdiri di situ
    idaklah menyenget lagi yak
    sebab dah di tengah..he he


    koi baru tahu..terima kasih
    info aok ter...

    BalasPadam
  3. Ibu Muda - Batu 0 di Bandar Kuala Lipis itu rasaya bagi tujuan lain mengukur jarak drp Kuala Lipis ke lain-lain destinasi di Pahang.

    Zul - mmg center kalau duk situ zul tak senget lalu :)

    BalasPadam
  4. Temapta ini boleh jadi salah satu produk perlancongan sepatutnya..

    BalasPadam
  5. huh teruja weh
    kampung kita tu rupa nya pusat semenanjung ni yek

    BalasPadam
  6. Assalam..

    Info yang berguna terutama pada yg blm tahu..

    p/s-pusat mmg dok tengah hehe..

    BalasPadam
  7. Demikianlah halnya. Benda-benda yg bersejarah itu semakin dilupakan dan dipesongkan. Persatuan Sejarah tidak berfungsi.

    BalasPadam
  8. gitu le gayanya, kota sokmo lupa daki pada pusat kita berbanding jerawat kat idong

    BalasPadam
  9. heheh dh agak mesti aREA2 situ titil tengah nyerr

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.