MAIN MENU

Footer Pages

20 Sep 2011

HINA RASULULLAH: Zizan Mohon Maaf, Ahmad Idham Melenting (Hantu Bonceng)

Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya. Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu. Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.

Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam. “ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W. Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara. Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya. Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). - Sumber : mynewshub.my

Entri berkaitan :  Wujud Adegan Hina Rasulullah SAW Dalam Hantu Bonceng 


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

7 ulasan:

  1. Ahmad Idhsm tidak perlu melenting....

    BalasPadam
  2. Payoh kala jenih tak reti dengo pendapat orang ni....

    BalasPadam
  3. takkan la mereka x paham langsung maksud ayat yg dilafakan tu...kalau nak melalut pun bio le yg sesuai... buta bahasa arab

    BalasPadam
  4. tu baru kutip 8 juta dah lupa tuhan
    kalau beratus juta
    entah apa nya cakap pulak

    BalasPadam
  5. salam..
    jadi pengajaran buat beliau
    bukan mende remeh sebenarnya..
    tapi dia dah mohon maaf, kita terimalah..moga beliau berubah
    lepas nih..lebih berhati2..

    BalasPadam
  6. Ahmad Idham patut tengok balik dialog tersebut & jika masih x puas hati boleh tanya ulama lain yg lebih tersohor..kalau dah betul salah kenapa nak melenting?inikan isu agama ishhh...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.