GAMBAR dan rakaman video yang menunjukkan wanita-wanita Shanghai
menanggalkan dan menukar pakaian mereka dalam kereta api menjadi topik
hangat di China ketika ini. Pada 22 Ogos, seorang warga internet telah mencetuskan kekecohan
selepas memuat naik gambar dan rakaman video seorang gadis dalam kereta
api Shanghai Metro.
Rakaman video itu menunjukkan gadis berkenaan sedang menanggalkan
kesemua pakaiannya kecuali pakaian dalam dan memakai pakaian lain dalam
gerabak kereta api. Warga internet mempercayai bahawa gadis tersebut mungkin lewat untuk
kerja atau melakukannya untuk menarik publisiti kerana pakaian yang
dipakai kelihatan seperti pakaian seragam untuk tujuan ‘cosplaying’
(pementasan busana).
Ada pihak yang mengatakan bahawa perbuatan sebegitu adalah tidak
bermoral dan tidak enak dipandang manakala golongan lain tidak bersetuju
dengan bantahan orang ramai. Seorang pengguna intertet di China menulis, “Apa masalah besarnya?
Pembangunan masyarakat sepatutnya bermakna lebih banyak
kepelbagaian/kemajmukan. Jika kita terlalu berpegang kepada idea-idea
tradisional, kita tidak akan dapat mengejar masa/fesyen. Adakah semua
orang masih ingat tahun 80-an, di mana mengintai wanita di bilik air
boleh mengakibatkan dihukum mati? “Sekarang jika kita fikirkan tentang perkara itu, tidakkah ia begitu keterlaluan?
Sumber: Fann Sim | What’s buzzing? (Yahoo! News Malaysia)
AAP - Bila perbuatan tidak diselarikan dengan akal dan fikiran serta hati, akan hilanglah rasa malu dan tidak bersalahnya... mungkin hilang akal atau sudah tidak berakal.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
Baler !
BalasPadamdiaorg ni kdg2 pakai baju pun mcm x pakai baju..
BalasPadammintak, mintak jangan berlaku kat keretapi di sini ye.
BalasPadamjgn ade buat kat LRT sudah lah
BalasPadammemula pasai clip bideo tuh... rase2 tuh klip bideo lame tuh... utk iklan... errr... dah xingat iklan hapa... taon 2007/08 gitu. Tp pasai barangan wanita.
BalasPadamTp kan.. aper beza nyer bang.. awek hok salin baju tinggal coli ngan spender tgh org ramai.. ngan awek pakai baju kurung.. tp bercinta ( ayat 'beromen', kat kompleks; atau awek hok pakai baju sendat, kalo angkat tangan ckit jer... nampok pusat... Yg penting rasenyer.. jaga mata kita, niat kita... dan tgk-tgk hok bawah jagaan kita ( errr... org bujang xterlibat aaa.. hok nih... )
p/s: lama xngomen kat cni.. hehehe... slmt ari rayer..
Koy - Salam lama aok tek kemari TQ memberi ulasan yang panjang lebor :)
BalasPadamSokong 100% cakap aok tu.
salam..
BalasPadamnak buat guane.......?
dah deme memang tak malu!
orang gini biasa dia memang
dah biasa telanjang depan orang
sebab tak malu..he he
Giler....
BalasPadam