Ilustrasi Balai Polis Kuala Krau 1949
Kisah tersebut diceritakan oleh Penghulu Mukim Jenderak 1, Zainal Azman kepada Utusan Malaysia yang diperoleh daripada Allahyarham Koperal Wok Zainal dan Baharin Md. Duhun. Menurut Zainal, kedua-dua anggota itu merupakan antara mereka yang bertarung nyawa apabila komunis menyerang di segenap penjuru balai polis dan Pekan Kuala Krau.
Katanya, daripada apa yang diceritakan kepadanya, kira-kira 250 pengganas komunis mengepung balai polis itu sehingga menyebabkan anggota terbabit yang berada di dalam balai tersebut tidak boleh keluar. "Ketika itu, hanya 30 anggota polis yang ada dalam balai tersebut dan peristiwa berkenaan disedari oleh Baharin yang pada ketika itu sedang membuat rondaan.
"Dalam kejadian tersebut, balai polis itu dikepong dan jalan-jalan utama serta jalan kereta api di sini juga ditawan oleh komunis," katanya di sini, baru-baru ini. Katanya, kejadian itu menyebabkan seorang isteri pengawal kampung yang mengandung lima bulan dan menyewa sebuah rumah kedai di pekan itu dibunuh kejam bersama ibunya oleh komunis.
Paling tragis, tambahnya, seorang anggota polis bernama Hamzah yang cuma menunggu seminggu sahaja lagi untuk bergelar 'raja sehari' turut terkorban," katanya.Zainal memberitahu, dalam kejadian tersebut, pengganas komunis masuk ke pekan itu dan merampas semua ubat-ubatan dari sebuah kedai ubat. Katanya, komunis menembak mati seorang perempuan Cina dan seorang perempuan Melayu yang berada berdekatan kedai ubat berkenaan.
"Kira-kira 30 komunis lagi masuk di Jalan Besar dan menemui dua anggota polis, tetapi mereka dikatakan tidak diapa-apakan dan hanya merampas dua pucuk Rifle serta peluru," katanya. Jelasnya, setelah itu, stesen kereta api pula menjadi sasaran komunis yang mana terdapat dua pegawai berbangsa Inggeris menjadi mangsa pembunuhan kejam golongan berkenaan.
Difahamkan selepas kejadian berdarah itu, anggota polis di balai tersebut ditambah iaitu 60 anggota dan 120 anggota polis tambahan dengan seorang Penolong Pegawai Penyiasat Polis berbangsa Inggeris. Kawasan Kuala Krau itu kemudian diisytiharkan sebagai Kawasan Putih pada 18 April 1956. - Sumber di sunting drp Utusan Malaysia.
AAP - Alfatihah kepada semua pejuang-pejuang tanah air kita. Artikel sekadar satu perkongsian dan pengetahuan bersama.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
terima kasih berkongsi artikal
BalasPadamaf fatihah utk perjuang tanah air
KEJAM.... Geram koi..
BalasPadamKepada rodong-rodong yang berminat utk sertai Skim Ladang Kontrak bersama ZZ Agro sila layari Blog ZZ Agro dan hubungi koi secepat mungkin.
Echam..
banyak kisah silam yg perlu diberitahu pd umum.
BalasPadamAbu Muaz - betul tu kita kena war-warkan juga sebab jenarasi muda hari kurang mengetahui.
BalasPadamSalam..
BalasPadamAgak sedih dgn nasib pejuang2 dahulu bila sejarah diputarbelit utk kepentingan peribadi...
Al-fatihah pada semua pejuang yg berjuang demi negara..
Pozi - betul tu kawan sokong... mmg khainat jika faktar sejarah di putar belit oleh pihak tertentu.
BalasPadamsalah seorang anggota polis ketika itu adalah Konst 12116 Abdullah Md Saman
BalasPadamAllahyarham Abdullah Bin Md Saman lahir pada tahun 1929 di Kg Bukit lalang, Tikam Batu, Mk Kota Kuala Muda. Kelulusan Darjah 5 Melayu dan menyertai Polis Diraja Persekutuan pada tahun 1949. Tugas-tugas yang telah dibuat ialah Tugas Am, Pasukan Polis Hutan, Jungle Squard dan R/T Operator. Mendapat hadiah wang tunai sebanyak $60.00 dari Ketua Polis Pahang dan surat kepujian kerana berjaya mempertahankan Balai Polis Kuala Krau, Temerloh yang diserang hendap oleh pengganas kominis dalam tahun 1949. Mendapat Pingat G.S.M. Kembali ke rahmatullah pada 5/8/1981 dan dikebumikan di tanah perkuburan islam, Kg Sadek, Kupang, Baling Kedah
BalasPadamSalam zack,
BalasPadamZack ni keturunan Allahyarham Konst Abdullah Md Saman tu ka?