MAIN MENU

Footer Pages

14 Sep 2011

JAKIM: Penyebaran SMS Palsu Biskut Munchys

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Berikut adalah kandungan SMS yang disebarkan oleh orang ramai:
TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)
Sekian, terima kasih. - Sumber Harian Metro Online.

AAP - Sekarang susah mengenal mana yang haq dan yang batil :(



Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. yang jadi mangsa kita rakyat jelata ni, pening mana satu hok betulnya, adeehh

    BalasPadam
  2. salam..
    banyak sangat dah yang
    mula ambik kesempatan pula
    anaiya orang berdosa besar
    pulak jadinya..

    BalasPadam
  3. kes gini slalunya nak bunuh bisnes orang, dulu ingat juga pasal roti gardenia (yayasan bukhari ada saham dalam syarikat tu) pon dikatakan tak halal, ketnya munchy ni memang apek punya syarikat rasanya

    BalasPadam
  4. Assalam..

    Macam2 cara org nak buat fitnah skrg ni..kita sendiripun elok periksa dulu sblm sebarkan pd org lain nanti x pasal2 kita pun berdosa sbb ikut sama memfitnah

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.