MAIN MENU

Footer Pages

13 Sep 2011

Super komputer mampu ramal masa depan

Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati komputer mega atau super computer, mampu membantu meramal kejadian besar dunia, jika ia terus menerus dibekalkan dengan maklumat baru. Ketika analisis dijalankan berasingan, saintis berkata, proses sama boleh digunakan untuk meramal konflik akan datang. Sistem berkenaan turut memperoleh petanda awal mengenai lokasi bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.

Kajian itu dibentangkan Kalev Leetaru dari Institut Sains Sosial dan Seni Universiti Illinois dalam jurnal First Monday.Maklumat kajian diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk Pusat Sumber Terbuka yang dikendalikan Kerajaan Amerika dan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), yang mengawasi kandungan media tempatan di seluruh dunia.

Komputer mega merujuk kepada sistem komputer yang melakukan tugas berat dan pengiraan tepat termasuk ramalan cuaca, penyelidikan iklim, pembinaan model molekular dan simulasi pengaktifan senjata nuklear. Rangkaian media yang menerbitkan versi online turut dianalisis. Secara keseluruhan, Leetaru menghimpun lebih 100 juta artikel.

Laporan dianalisis untuk dua jenis maklumat utama, iaitu keadaan sama ada artikel memaparkan berita baik atau buruk dan lokasi, iaitu di mana kejadian berlaku dan lokasi pihak lain yang terbabit dalam berita itu. Pengesanan keadaan ditetapkan untuk mencari perkataan dahsyat, ngeri atau baik sementara lokasi menyebut tempat tertentu, seperti Kaherah dan memasukkan ia ke dalam koordinat bagi diletakkan dalam peta.

Data dimasukkan ke dalam kepada komputer mega SGI Altix, dikenali sebagai Nautilus, beribu pejabat di Universiti Tennessee. Berdasarkan pertanyaan tertentu, Nautilus menghasilkan graf untuk negara berbeza yang berdepan masalah pemberontakan Arab. Dalam setiap kes, hasil beribu-ribu berita baru menunjukkan petanda dalam sentimen sebelum kejadian, di dalam negara dan seperti dilaporkan dari luar.

Petunjuk sebelum ini berkebetulan dengan pengeboman oleh Amerika ke atas tentera Iraq di Kuwait pada 1991 dan pencerobohan Amerika di Iraq pada 2003. Leetaru berkata, sistem itu kelihatan menghasilkan perisikan lebih baik berbanding apa yang dilakukan Kerajaan Amerika ketika itu.

Hakikat bahawa Presiden Amerika menyokong Mubarak menunjukkan dengan kuat analisis paling tinggi pun cenderung memberi petunjuk Mubarak akan kekal. Ia memang berkemungkinan kerana anda mempunyai pakar bidang itu yang mengkaji Mesir selama 30 tahun dan dalam masa 30 tahun tiada apa berlaku kepada Mubarak, katanya. - Agensi  Kredit : bharian.com.my

AAP - Kuasa Allah mengatasi segalanya... Berat juga kalau percaya ker komputer nie :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. salam encik yassin..
    hebatnya komputer ciptaan manusia ni.. tapi hebat lagi Pencipta manusia iaitu Yang Maha Menguasai dan Mengetahui..

    tiba2 teringat plak mula2 belajar pasal komputer 10 tahun lepas... semua sejarah komputer kne tahu..

    BalasPadam
  2. tiada kuasa yg boleh mendahului kuasa Allah

    tu komputer yg direka oleh manusia sendiri masakan boleh meramal masa depan sedang dicipta oleh manusia

    kecuali org2 pilihan Allah

    BalasPadam
  3. salam..
    lakulah lepas nih model komputer nih,kaki judi dan kaki kuda lah yang sibuk nak mengodernya..tengok result besok..kaya raya belaka..he he

    BalasPadam
  4. Wmslam Zul, hahaha betul tu kawan pun tak terpikir sampai kesitu tadi moralnya punah juge kalau gitu yak :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.