MAIN MENU

Footer Pages

11 Sep 2011

KAYU TERAS JADI REBUTAN

Sejenis kayu dikenali sebagai teras gemungga didapati menjadi rebutan golongan kenamaan berstatus VIP serta artis tempatan bertujuan menjadikannya sebagai pelindung diri daripada terkena sihir mahupun kecederaan pada kulit secara tidak sengaja.

Selain itu, kecenderungan perbuatan khianat masyarakat kini yang gemar menggunakan asid sebagai bahan melepaskan geram berbanding sihir yang biasanya dapat dipatahkan pengamal perubatan tradisional menyebabkan teras itu terus dicari individu tertentu, termasuk nama besar. Pelakon, penyanyi baru dan veteran, pengacara televisyen, ahli majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri (Adun) antara individu yang mendapatkan kayu itu untuk kegunaan diri kerana dikatakan mampu menangkis ilmu pukau.

Pengumpul teras gemungga, Sayuti Harun, 72, berkata setakat ini beberapa individu berstatus VIP dari dalam dan luar Terengganu menemuinya bagi mendapatkan teras itu untuk kegunaan sendiri. Menurutnya, dia tidak berniat menjual teras itu, namun ada antara mereka sanggup memberikannya sehingga RM2,000 bagi mendapatkan teras asli. - Sumber Berita Harian Online.

AAP - Teras kayu dan Raja kayu mmg dicari orang... namun dizaman ini masih relevankah? Sebaiknya  pendinding diri daripada ayat-ayat Al Quran lebih menepati kehendaknya.


Wssalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. jgn jerumuskan diri kita kepada benda boleh membawa syirik kpa Allah

    kayu ada kuasa ke, siapa pencipta kayu? jadi minta pertolonganlah dari pencipta kayu tu bukan kayu tu

    fikir2kanlah

    BalasPadam
  2. Kayu pengeras, tak perlu baca-baca lagi, Ingat kayu ingat penciptanya.

    BalasPadam
  3. kalau bab2 mcm nie, cpat jek jadi rebutan kaanss..

    salam en yassin.. hrp sihat ..:)

    BalasPadam
  4. sebaiknya jauhkanlah benda2 yg boleh membawa syirik ni.. termasuklah kayu koka atau kayu2 yg lain..

    BalasPadam
  5. salam..
    perghh..macam-macam Yassin yak,
    nak kebal dan kuat belaka..ermm

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.