MAIN MENU

Footer Pages

8 Sep 2011

Hukum Menyertai dan Meraikan Pesta Tanglung?

Sebenarnya bukanlah saya orangnya jika ingin membicarakan soal hukumnya. Namun terpanggil jua mencari kesahihanya. Kerana dewasa ini mungkin ada juga orang islam kita yang menyertai pesta tersebut. Setelah carian di buat di Google tidak ada carian yang sepadan dengannya. Hanya petikan dibawah ini sahaja yang sedikit jelas diatas peneranganya. Semoga menjadi pedoman dan panduan untuk kita bersama.

Seperti yg dimaklumkan sebelum ini, hukum menyambut perayaan agama/bangsa lain adalah haram sama sekali..tetapi, terdapat khilaf (perselisihan) pendapat tentang hukum mengucapkan "wish" seperti Merry Christmas & etc.. 1. Majlis Fatwa Kebangsaan : harus mengucapkan ucapan selamat kepada perayaan agama lain (bukan dengan niat menyambut, tetapi sekadar menghormati agama lain) berdasarkan dalil dari Surah Al-Kafirun: "Untuk kamu agama kamu, dan untukku agamaku".. 2. Majlis Fatwa Indonesia pula telah mengharamkan sebarang jenis ucapan kepada perayaan agama lain tetapi penganut agama lain itu bebas meraikan perayaan mereka; juga menggunakan dalil yg sama + Sabda Nabi SAW melalui Aisyah: "Setiap agama mempunyai hari raya yg mereka sendiri dan hari ini adalah hari raya kita". Perlu diingat bahawa dalam setiap perayaan ini, umat Islam diharuskan berziarah sesama masyarakat, bukan untuk meraikan perayaan mereka tetapi sekadar menghormati mereka..selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan jika tiada niat utk menyambut perayaan tersebut, maka hukum menerima segala makanan (yg halal), hadiah, ang pao & menyertai aktiviti perayaan tersebut adalah HARUS.. Ada pendapat ulamak mengatakan makruh

Firman Allah Taala bermaksud: Dan mereka (yang diredhai Allah Taala itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertembung dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia maka mereka melaluinya dengan cara menjaga kehormatan dirinya. (Surah al-Furqan: ayat 72). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: (Setelah Rasulullah S.A.W. melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan yang mereka warisi dari zaman Jahiliyah).

Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir maka dia dikalangan mereka (orang-orang kafir). (Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Daruquthni). Berkata Saidina Umar R.A. bermaksud: Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat mereka pada hari raya mereka kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah Taala) akan turun menimpa ke atas mereka. (Riwayat al-Baihaqi).

Dari dalil-dalil yang bawakan di atas dapatlah disimpulkan di sini bahawa tidak harus bagi seseorang muslim menghadiri atau merayakan/menyambut perayaan kaum bukan Islam (seperti Pesta Tanglung, Pesta Ponggal dan lain-lain lagi). Dan inilah pendapat kebanyakkan ulama. Malah Syeikh Abu Hafs al-Musti (dari mazhab Hanafi) dalam kitab Subulus Salam amat keras dalam hal ini sehingga ia berkata: Sesiapa memberi hadiah kepada seorang kafir sekalipun dengan sebiji telur sebagai membesarkan hari mereka maka sesungguhnya ia kufur dengan Allah. Saya melihat sambutan perayaan agama kaum bukan Islam seperti ini sedikit sebanyak boleh merosakkan akidah umat Islam yang meraikannya tanpa kita sedari.

Kita semacam meredhai dan memberi izin terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang menyalahi syariat Islam dengan kehadiran kita. Pun begitu Islam tidak melarang kaum-kaum bukan Islam merayakan hari keagamaan mereka sesama mereka. Begitu juga halnya dalam isu kongsi raya di antara Islam dengan bukan Islam yang pernah diadakan oleh kerajaan Malaysia pada satu ketika dahulu. Dato Seri (Dr) Harussani Zakaria berkata adalah haram berkongsi raya seperti itu. Wallahualam. Sumber - www.iluvislam.com/forum.


Beri definisi perayaan kaum

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memberi definisi secara jelas mengenai perayaan pelbagai kaum di negara ini supaya umat Islam tidak terjebak dengan penularan fahaman pluralisme.

Langkah ini penting supaya umat Islam lebih jelas sebelum menyertai mana-mana perayaan kaum lain kerana dibimbangi akan melanggar batasan agama disebabkan untuk mengamalkan kehidupan bertoleransi.

”Misalnya Jakim perlu jelaskan tentang meraikan Pesta Ponggal dengan Deepavali dan antara Pesta Tanglung dengan Pesta Kuih Bulan dari sudut agama dan juga budaya,” kata Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Farhana Abd. Rahman

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ”Pluralisme Agama: Fahaman Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syariah Islamiah’ pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah’ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Nur Farhana berkata, penjelasan Jakim ini penting kerana penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum telah dijadikan sebagai merit yang perlu dipenuhi oleh mahasiswa universiti.

”Kita tidak mahu fahaman pluralisme ini mula menular menerusi bidang pendidikan seperti apa yang telah berlaku terhadap negara jiran kita, Indonesia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkenaan diminta berhati-hati dalam pelaksanaan sesuatu dasar kerana pengaruh seperti fahaman ini begitu mudah untuk berkembang di kalangan pelajar.

Nur Farhana berkata, pluralisme memang mempunyai banyak percanggahan dengan agama Islam terutamanya dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

”Malah pendukung pluralisme juga menegaskan semua agama bermatlamat tujuan yang satu iaitu Allah walaupun berbeza dari segi pendekatan dan ibadat mengikut agama masing-masing,” katanya.

Katanya, pluralisme juga membenarkan penganutnya berkahwin lintas agama di mana orang Islam bebas berkahwin dengan agama lain- Sumber dipetik dari Utusan Malaysia 15 Disember 2010

Persoalan ini pernah dirujuk pada seorang ustaz dan ini ada jawapan daripada beliau :
Klik imej utk paparan lebih jelas.

Kemaskini : 

Saya ingin bertanyakan sedikit kemusykilan berkenaan dengan hukum pelajar-pelajar dan guru-guru Islam yang meraikan Pesta Tanglung anjuran PIBG dan Persatuan Bahasa Cina sekolah.

PENJELASAN:

Terdapat pelbagai penjelasan tentang asal usul Pesta Tanglung. Falsafah umum pesta tersebut adalah untuk menunaikan hubungan positif antara orang, keluarga, alam semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang masyarakat Cina percayai bertanggungjawab untuk membawa atau mengembalikan cahaya setiap tahun. Contohnya, ada pandangan yang mengatakan ia adalah suatu waktu untuk menyembah Taiyi; Tuhan Syurga dalam zaman kuno. Kepercayaan itu adalah bahawa Tuhan Syurga mengawal takdir dunia manusia. Maharaja akan meminta Taiyi untuk membawa cuaca yang menggemarkan dan kesihatan baik padanya dan rakyatnya.

Suatu lagi lagenda mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. Tianguan adalah dewa Taoisme yang bertanggung jawab untuk nasib baik. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama bulan berkenaan. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis hiburan, jadi para pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana mereka berdoa untuk nasib baik.

Oleh itu jelaslah bahawa Pesta Tanglung mempunyai elemen khurafat dan syirik. Maka orang Islam diharamkan daripada terlibat dalam menganjur atau meraikan pesta tersebut. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sumber dan selebihnya : http://www.e-fatwa.gov.my/

Sebaiknya orang melayu islam kita lebih berhati-hati dan ada sikap sensitif didalam perkara seumpama ini. Semoga penerangan diatas menjadi sebahagian rujukanya jua. Perkara akidah seumpama ini kita sebagai orang islam wajib memandang serius tidak sekadar main ikut sesuka hati sahaja, dibimbangi terpesong jua akidah kita.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 ulasan:

  1. Info yang bagus... elok dihebah-hebahkan lagi..
    Trm ksh.

    BalasPadam
  2. tq waris berkongsi maklumat nih

    BalasPadam
  3. seharusnya dikongsikan dengan ramai orang ni..

    BalasPadam
  4. Niat terkadang tak boleh menghalalkan cara yak... ada batasan dan hadnya juga.

    BalasPadam
  5. raya kita depa bleh ikut..... budaya kita depa boleh ikut... tapi kita kena hati2 dengan raya dan budaya mereka....

    BalasPadam
  6. terima kasih...mlm ni ada pesta kuih bulan di sekolah sy.... jadi sy x harus pergi...syukran

    BalasPadam
  7. Thanks for the information.. sbb kolej saya pon nk buat pesta tanglung tu.. ingatkan boleh je kalau sesaja tnpa niat nk ikut ajaran tu.. rupanya x boleh.. Alhamdulillah adnin ada cerita pasal ni.. kalau tak..hehe Nau'zubillah

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.