Beberapa kawasan di negara ini akan dilanda jerebu selama beberapa
hari kerana tidak menerima hujan untuk lima hari berturut-turut. Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan berkenaan ialah
Arau (Perlis), Kota Setar (Kedah), Seberang Perai Utara (Pulau Pinang),
Kinta dan Manjung (Perak), Kepong, Klang, Petaling dan Sabak Bernam
(Selangor), Batu Pahat (Johor) dan Miri (Sarawak).
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam ini keadaan
berjerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di
utara Semenanjung, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang
pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan akibat
kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan
pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil
serta melaporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan
Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol
1-800-88-2727.
JAS juga mendapati kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara hari ini mencatat paras sederhana pada sebelah pagi.
Sehingga 11 pagi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 14 kawasan mencatatkan paras baik dan 38 mencatatkan IPU sederhana. Antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Shah Alam,
Selangor (84), SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (83) dan Pelabuhan Klang (81)
manakala kawasan yang mempunyai IPU sihat, Sarikei, Sarawak (30), Sri
Aman, Sarawak (31) dan Kuching, Sarawak, (32). – BERNAMA
AAP - Lemas juga kalau berjerebu nie.... Katanya juga dek kerana kebakaran yang berlaku di Sumatera banyak beburung walit sudah beralih arah ke Malaysia.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
Poket pun ikut berjerebu Sin..
BalasPadamRelevan - hahaha betul dah tu :)
BalasPadam