Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai semalam menyediakan kemudahan memuat turun borang pendaftaran pemilih atau Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.
Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai untuk memuat turun Borang A bagi urusan pendaftaran sebagai pemilih, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. - Sumber Berita Harian Online
Kepada yang ingin memuat turun borang pendaftaran iaitu Borang A tersebut boleh lah klik ke link ini:
Kepada yang ingin membuat semakan daftar pemiih pula, boleh juga berbuat demikian dengan klik pada link di bawah:
Jadilah warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab :)
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Mari mengundi..!
BalasPadamDekat dah mengundi nie... kerani mengundi tengah tgh daftar nama :)
BalasPadamundi ditangan kita
BalasPadamjadi pilihan yg terbaik
Salam..
BalasPadamyang menghairankan kenapa
SPR tak boleh detect secara automatik melalui IC setiap warganegara yang telah cukup umur dan automatik layak mengundi..kalau PLKN boleh trace secara automatik untuk program PLKN kenapa SPR tak boleh yak..?
tak lama lagi kuar lah lagu mari mengundi kat TV. selamat mengundi la kita seme!
BalasPadamSallam,
BalasPadamSelamat mengundi,
Undi anda adalah rahsia..