MAIN MENU

Footer Pages

13 Sep 2011

Restoran Guna SOS ada DNA Babi

 PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi.

Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim. PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi. Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.

Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal. “Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam. Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi. - Sumber Kosmo

AAP - Persoalanya juga bagaimana? jika di premis lain (di negeri lain) jika sekiranya tidak ada pemantauan dan tindakan sepatutnya diambil oleh pihak berkuasanya?  alamat makan bender haram sahajalah kita :( amatlah diharapkan Jabatan Agama Islam di negeri yang lain dapat mengambil tindakan yang sama dan sepatutnya.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

7 ulasan:

  1. macam babi dah jadi hidangan kita pulak zaman nih

    BalasPadam
  2. pelik la..naper skrg baru tau haram?kalau tak silap saya, masa baru2 pizza di buka sos ni ada meja gak kan?kalau tak silap la..

    dah kat qatar sos ni masih ada je di semua restoran.dan ada tanda hala..lagi saya heran apakah status sebenarnya kehalalan produk ni

    BalasPadam
  3. Statusnya dah haram, tapi kat pasaraya masih ada jual lagi sos HP nih. Pada yg tau ok lah kan, kesian pada yg tak tau.

    BalasPadam
  4. AUC - mintak ampun juga kita jika dah termakan :(

    Lydia - katanya macam tulah... restoran pizza ada menyediak soso ini mmg tak keharuan memikirkannya.

    Fiza - betul tu saya menlihat sendiri sos ini diletak sebaris dgn sos halal yang lain.

    BalasPadam
  5. salam..
    makin tak selamat makan
    di Malaysia sekarang nih
    semuanya nak berperisa
    babi yak..?maruuu...

    BalasPadam
  6. Pakat orang kite pulok buat sos la kala dah gini

    BalasPadam
  7. Salam..

    Makin lama makin pelik..asyik campur babi jek..sedap sgt ke babi ni..ishhhh

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.