“Kebanyakan pentafsir (mimpi) tidak mempunyai pengetahuan Islam yang betul mengenainya,” katanya dalam khutbah Jumaat di Masjid Imam Tuki bin Abdullah di Riyadh. Mufti berkenaan mengatakan semakin ramai orang gemar mengikuti program sedemikian dan memberi amaran mengenainya.
“Ramai yang selalu merujuk kepada pentafsir mimpi dan mempercayai penjelasan mereka dengan sepenuh hati seolah-olah apa yang diperkatakan itu adalah inspirasi daripada Tuhan,” katanya. Sheikh Abdul Aziz meminta orang ramai supaya merujuk kepada sunnah Rasulullah dalam hal ini iaitu tidak memberitahu orang lain mengenai mimpi buruk yang dialami mereka.
“Sekiranya orang ramai ingin tahu makna sebenar mengenai apa yang dimimpikan dalam tidur, mereka perlu merujuk kepada ulama yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama,” katanya. Mufti terbabit menuduh pentafsir mimpi dalam program radio dan TV mengeksploitasi peluang yang wujud dengan melakukan penipuan untuk wang dan memperdaya orang ramai. Harian Metro
AAP - Kata dek orang mimpi itu sekadar mainan tidur usah percaya sangat.... nak rujuk, rujuklah pada yang mengetahui :)
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Assalam...
BalasPadambetul tu..jgnlah percaya sangat dgn mimpi tu walaupun adakalnya ianya kena sesuatu kejadian yg berlaku
anggap aje mainan tidur..
Pozi - betul tu... usahlah mikir bender yang bukan2 tentang mimpi kita :)
BalasPadam