Rumah Peninggalan Pahlawan Mat Kilau Kian Usang

Rumah peninggalan pejuang Pahang, Mat Kilau di Kampung Batu Lima Jalan Gambang, Kuantan, terlalu usang dan banyak tiang serta papan di...

Rumah peninggalan pejuang Pahang, Mat Kilau di Kampung Batu Lima Jalan Gambang, Kuantan, terlalu usang dan banyak tiang serta papan dinding dimakan anai-anai. Melihat rumah pusaka yang juga tempat persinggahan terakhir Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohamad Rasu Abdul Salam ketika sisa-sisa hidupnya, ramai pasti tidak percaya itulah rumah pejuang terkenal. Setiap kali mendengar ada penyanyi atau pelakon diberikan bintang kebesaran walaupun selepas meninggal dunia, sedikit sebanyak timbul juga rasa terkilan di hati warisnya kerana belum pernah ada gelaran diberi kepada Mat Kilau walaupun jasanya tidak mungkin dapat dibalas mana-mana pihak sekalipun. Cucunya, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 45, berkata Allahyarham datuknya hanya meninggalkan sebilah keris yang digunakan untuk menentang Inggeris, sebuah rumah dan beberapa peralatan kecil lain.

Pengorbanan dan semangat perjuangan tulen pada diri datuk saya harus dikenang. Beliau contoh rakyat yang sayang dan cintakan bangsa, negara dan agama. Jika insan seperti Allahyarham serta beberapa tokoh lain tidak dihargai, kita sebenarnya tergolong dalam kategori manusia yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur, katanya. Mohd Alhamadi yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Kempadang, di sini, berkata ketokohan datuknya jelas terlihat apabila tidak pernah lokek dengan ilmu dimiliki dan sering menjadi rujukan penduduk setempat yang keliru atau tidak faham ilmu agama. Beliau juga guru silat dan ada ramai anak murid. Tidak kira yang kecil hingga besar. Selain itu, beliau mengajar anak kampung mengaji al-Quran. Semangat cintakan negara dimiliki Mat Kilau seharusnya turut ada pada setiap jasad bangsa Melayu hari ini jika tidak ingin melihat anak bangsa kita kembali dijajah.

Semangat seperti itu perlu terus ditanam dengan subur pada jiwa bangsa Melayu bagi memastikan tanah air dicintai bebas daripada ancaman, katanya. Mat Kilau mempunyai 10 anak hasil tiga perkahwinan dan ramai cucu cicitnya masih ada dan menetap di beberapa kampung di Jerantut dan Kuantan. Sepanjang enam tahun bermula 1890 hingga 1896, Mat Kilau berjuang menentang sebarang bentuk penjajahan di bumi Pahang dan selama itulah bukan sedikit darah dan keringat mengalir dari tubuh pahlawan berkenaan.

Bukan keterlaluan jika dikatakan didorong perjuangan Tok Bahaman, Tok Gajah (ayahanda Mat Kilau) dan Mat Kilau, orang Inggeris akhirnya terpaksa mengakui pendudukan mereka di bumi bertuah Pahang tidak direstui dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar. Mat Kilau yang pernah menggunakan nama Mat Dadu, Mat Dahan dan Mat Siam ketika dalam pelariannya daripada dikesan askar Inggeris menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 105 tahun pada jam 6.45 pagi, 16 Ogos 1970 dan dikebumikan di Pulau Tawar, Jerantut. - Sumber di sunting drp Berita Harian Online

AAP - Semoga hendaknya bukanlah kita jenis bangsa "bagaikan kacang lupakan kulit" Sebaiknya rumah tersebut sepatutnya dijaga dan dijadikan tapak sejarah. Namun nampaknya tiada pihak yang ambil peduli akan situasi ini. Sememang perkara ini amat mendukacita kita semua. Jika direnung ianya hanya sekadar tinggal sebuah nama bersama seribu kemegahan dalam kenangan. Alfatihah buat Allahyarham Pahlawan Mat Kilau.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH-BUAHAN,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,7,cerita malam jumaat,1,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,2,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,28,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,11,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,MATAWANG NUMISMATIK,3,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,1,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: Rumah Peninggalan Pahlawan Mat Kilau Kian Usang
Rumah Peninggalan Pahlawan Mat Kilau Kian Usang
http://3.bp.blogspot.com/-eIuZwlKPxUw/UhggmslBe9I/AAAAAAAAPo4/rlOuKXHsMds/s400/Rumah+peninggalan+pejuang+Pahang,+Mat+Kilau+di+Kampung+Batu+Lima+Kuantan.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-eIuZwlKPxUw/UhggmslBe9I/AAAAAAAAPo4/rlOuKXHsMds/s72-c/Rumah+peninggalan+pejuang+Pahang,+Mat+Kilau+di+Kampung+Batu+Lima+Kuantan.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/09/rumah-peninggalan-pahlawan-mat-kilau.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/09/rumah-peninggalan-pahlawan-mat-kilau.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy