GAMBAR DAN BIODATA AHMAD BIN KOTOT

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Ahmad Bin Kotot , terutama mereka yang bukan di dalam bidang pendidikan, khususnya sastera se...

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Ahmad Bin Kotot, terutama mereka yang bukan di dalam bidang pendidikan, khususnya sastera serta jenarasi muda hari ini terutama di Negeri Pahang itu sendiri. Disebabkan itu, kehadiran buku yang dihasilkan oleh Dr Anwar Ridhwan ini, mengisi kekosongan dan sekali gus mengenalkan penulis yang menghasilkan novel hikayat ini.

Dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, dicatatkan bahawa Ahmad bin Kotot bin Man dilahirkan pada 10 Jun 1894 di Kampung Lecok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjung Besar, Kuala Lipis, dari 1909 hingga 1914 dan lulus darjah lima.

Ahmad Kotot pernah menjadi guru sementara di Sekolah Melayu Tanjung Besar dan Sekolah Melayu Batu Yon, kedua-duanya di Kuala Lipis. Pendidikan formal tertingginya ialah dari 1916 hingga 1918 di Maktab Melayu Melaka. Beliau juga pernah menjadi pengetua beberapa buah sekolah dari 1919 hingga 1941.

Berdasarkan rekod perkhidmatannya, besar kemungkinan novel terkenalnya, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan, mula ditulis sama ada dalam akhir perkhidmatannya di Sekolah Melayu Batu Talam, Raub (1925) ataupun dalam tahun awal perkhidmatannya di Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuantan (1926). Selepas bersara pada 1946, Ahmad Kotot membuat perusahaan kecil di Jerantut. Akan tetapi kehidupan hari tuanya yang relatif panjang dikembalikan kepada cara hidup kampung pedalaman, hingga beliau meningggal dunia pada 24 Januari 1993 pada usia 99 tahun.

Allahyarham bukanlah penulis yang prolifik. Ahmad Kotot sangat percaya bahawa salah satu fungsi utama karya sastera ialah mendidik pembacanya. Novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan dimulai pendahuluan yang berbunyi:

Adapun hikayat ini dikarangkan ialah hendak memberi kesukaan kepada anak-anak muda bangsaku moga-moga tertarik hatinya kepada gemar membaca kitab-kitab atau hikayat-hikayat, syair-syair dan sebagainya sambil itu terpungutlah akan perkataan dan maksud yang berguna dan berfaedah 'seumpama meramas kelapa, hampas dibuang diambil patinya' demikianlah juga tentang riwayat di dalam hikayat ini. Dr Anwar Ridhwan menganggap novel ini ibarat benih yang baik, walaupun hanyut puluhan tahun tanpa kesan, kemudian pada 1975 ia terdampar di pantai wacana sastera lalu terus subur diperkatakan dari masa ke masa.

Dalam penulisan, beliau pernah menggunakan nama pena A.N.P., Damba, ABKA Pahang, Alif Ba Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang dan Malim Karimun. Di samping novel, beliau juga menghasilkan beberapa cerpen seperti Bapa Tiri dan Anak Tiri, Hikayat Perang Mambang dengan Usul di Kota Gelanggi Pahang dan Sejarah Tanjung Besar Kuala Lipis.

INFO
Tajuk: Ahmad Kotot: Penulis Novel Hikayat
Penulis: Anwar Ridhwan
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: RM10
Kreadit http://cyberita.asia1.com.sg

Jasa-jasa Ahmad bin Kotot tidak pernah dilupakan. Yayasan Pahang pada tahun 1984 telah  menganugerahkan kepadanya Anugerah Sastera. Pada tahun 1984 juga beliau dipilih menjadi Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan.

Biodata
Nama            :    Ahmad bin Kotot
Tarikh Lahir    :    1901
Tempat lahir   :    Kampung Licok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang Darul
                         Makmur.

Isteri             :    Hajiwah bt. Imam Adom
Bilangan Anak :     4 orang anak
Pendidikan   
  • Mendapat pendidikan hingga darjah 5 di Sekolah Melayu Tanjung Besar, Kuala Lipis pada tahun 1909 hingga 1914.
  • Dalam tahun 1916 hingga 1918, beliau telah memasuki Maktab Melayu Melaka.

    Kerjaya
  • Guru di Sekolah Melayu Gua, Kuala Lipis.
  • Pada akhir tahun 1918, beliau telah dilantik sebagai pemangku Guru Besar di Sekolah Melayu Kuala Lipis.
  • Dari Januari 1919 hingga 1925, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di Sekolah Melayu Batu Talam. Kemudian telah berkhidmat pula di Sekolah Melayu Kota Baharu, Kuantan.
  • Mulai Januari 1936, beliau telah mengajar di Sekolah Melayu Budu, Kuala Lipis hingga 9 Disember 1937. Dari tahun 1938 hingga Oktober 1940, beliau telah mengajar pula di Sekolah Melayu Ulu Dong, Raub.
  • Pada bulan November pada 1940 hingga Oktober 1941, beliau juga telah mengajar di Sekolah Melayu Pedah, Jerantut. Selepas pendudukan Jepun, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di Sekolah Melayu Kampung Baharu, Jerantut sehingga 31 Disember 1948.

    Karya Penulisan
  • Pada tahun 1927, novelnya bertajuk Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan atau Yazid Asyik Masyuk Akan Zamrud telah diterbitkan.
  • Novel-novel yang lain adalah Hikayat Perang Mambang Dengan Usul di Kota Gelanggi Pahang pada tahun 1931 dan Sejarah Tanjung Besar Kuala Lipis pada tahun 1936. Beliau juga telah menghasilkan sebuah cerpen berjudul Bapa Tiri Dengan Anak Tiri.
  • Ahmad b. Kotot juga menulis rencana yang dimuatkan dalam Majalah Guru, Lembaga Melayu dan Suara Benar. Beliau juga pernah menjadi penulis khas bagi majalah Pengasuh, Majlis dan Lembaga Melayu.
  • Dari tahun 1957 hingga 1962 pula, Ahmad b. Kotot pernah menjadi pemberita daerah untuk Berita Harian.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Ahmad bin Kotot yang  banyak berjasa didalam membantu pemikiran orang Melayu dan mengembangkan semangat nasionalisme melalui tulisan-tulisannya.

AAP - Sebagai mengenang jasa-jasa beliau, pihak Majlis Daerah Jerantut telah menamakan salah satu persimpangan dibandar Jerantut ini dengan mengabadikan nama beliau yang diberi nama " PERSIMPANGAN AHMAD KOTOT" Di persimpingan Sungai Jan Jerantut.

Alfatihah buat Allahyarham.  Artikel sekadar satu perkongsian dan pengetahuan. "Biarlah kita tidak berapa hebat... namun mengenang mereka yang hebat sudah menjadi sebahagian daripada kehebatan itu".

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER: 11
Loading...
Makluman : Bagi anda yang berminat dan ingin berkongsi sebarang maklumat, info, gambar dan sebagainya yang berkaitan dengan blog ini. Anda boleh menghubungi Admin melalui Facebook atau Email. Terima kasih di atas sokongan dan kunjungan anda ke laman blog ini. Sebarang perkongsian sila kredit kepada : akuanakpahang.blogspot.com
Nama

000,1,50 SEN SE ME,1,ADAT RESAM,2,ADUHAI BANGSA ADUHAI MELAYU,1,AGAMA,2,air terjun,1,AIR TERJUN RIMAU BERJEMUR ROMPIN,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,ALLAH MUHAMMAD BERSADUR EMAS,1,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,ANUGERAH GELARAN DATO PALSU PAHANG,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAL USUL NAMA KAMPUNG BUDU,1,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,5,BANDAR LAMA JERANTUT,2,BATU TANDA SELAMAT DATANG KE JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,2,BERITA,2,BERITA BEKAS DUN TAHAN MENINGGAL WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK,1,Berita Semasa,3,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BIODATA TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG,1,BLOG,1,Blog aku anak pahang,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,BOIKOT DURIAN TIMBANG,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH KEJIJOK BUAH KEJIJAK,1,BUAH KERDAS,1,BUAH PERAH JERING REBUS KELAPA,1,BUAH-BUAHAN,1,BULUH LEMANG,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAMERON HIGHLANDS SESAK TERUK DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,CARA ATAU TEKNIK MUDAH HILANG RASA SAKIT KEPALA,1,CARA MEMBUAT TEMPOYAK PAHANG,1,CARA PEMAKAIAN KAIN BATIK DIDALAM MAKSUD DAN ADAB,1,Cerita Lawak,5,cerita malam jumaat,1,CERPEN,8,Cerpen Cerita Lawak,2,Cintai Negara,1,citer setan,1,COIN BISMILLAH,1,Coin Syiling,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,Cuci syiling,1,cucuk angin,1,cun,1,DESA KU,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,EMPANG JEPUN,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,FESTIVAL BETTER BEER 2017,1,GAJAH LIAR,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,GAMBAR KLASIK BANDAR LAMA JERANTUT,1,Gambar Klasik Pahang,5,GAMBAR PORNO SEX,1,GANGGAUN BEKALAN AIR,1,GELARAN SUSUNAN KETURUNAN KELUARGA MELAYU PAHANG,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,GUNUNG SENYUM,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,HUKUMAN SEBAT LGBT PAHANG,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN BUNTAL SUNGAI PAHANG,1,IKAN STURGEON,1,INFO 1 SEN KERIS BERSILANG 1962 MALAYA BRITISH BORNEO,1,INFO BUAH KEREKOK,1,INFO DAN FAKTA MENARIK BEG TANGAN HERMER BIRKIN,1,INFO POKOK BAYAS RESEPI KERABU UMBUT BAYAS,1,info telur,1,INFORMASI,140,INFORMASI JAMBATAN JERANTUT FERI 1978 DAN JERANTUT FERI 1949,1,ISLAM,2,Jackie Chan,1,JADUAL DAN TARIKH BAYARAN PENCEN 2018,1,JALAN ROSAK,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,JERANTUT ANTARA DAERAH MEMPUNYAI KUALITI UDARA PALING BERSIH DI MALAYSIA,1,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Kanpung Bantal,1,KAWASAN LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN DENDA RM 10,1,Keajaiban Allah.,1,KEBAIKAN DAN KHASIAT DAUN ULAM PEGAGA,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,KEMUSNAHAN ALAM,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Ketika Senja,1,KEUNIKAN DAN KEENAKAN GULAI ASAM ROM JERANTUT,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KOMUNIS BINTANG TIGA,1,KPDNKK,1,KUALA LIPIS PAHANG,1,KUALA TAHAN,2,kubu jerantut,1,Laman Mat Kilau Jerantut,1,LANTIKAN DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL MENTERI BESAR PAHANG 2018,1,lata,1,LATA BEREMBUN ULU RENGAT ULU CHEKA JERANTUT,1,lata jarum,1,LATA JARUM PULAU CHEKAS,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,LATA MERAUNG JERANTUT KIAN MERAUNG,1,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,LELAKI DITAHAN JUAL SYILING POTRET SULTAN PAHANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,12,LPT,1,MAKSUD DAN PENGERTIAN LGBT,1,MAKSUD DISEBALIK WARNA BAJU BANDUAN MALAYSIA,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,MASJID LAMA JERANTUT,1,Mat kilau,2,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,3,Matawang,5,MATAWANG INGOT PAHANG,1,MATAWANG NUMISMATIK,6,MATAWANG PANDUAN GRED-GRED SYILING,1,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,MAWAS,1,MELUKIS MURAL JERANTUT,1,MEMAKAI CINCIN,1,MEMILIH PEMIMPIN ISLAM,1,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,MISTERI DAN SIAPA SEBENAR MAT KILAU ?,1,MISTIK,2,munyusu,1,MUTIARA KATA,1,MUTIARA KATA KEHIDUPAN,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,1,PAHANG BANTAH CUTI HARI JUMAAT,1,PAHANG TETAP TERUS LAKSANA OPERASI CEGAH MAKSIAT,1,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,2,Pak pacak,1,PAPAN TANDA TULISAN JAWI DI PAHANG,1,Parti Komunis Malaya,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,PEMBALAKAN PAHANG,4,PEMBALAKAN PUNCA KEMUSNAHAN AIR TERJUN LATA MERAUNG JERANTUT,1,Penawar rindu,1,PENCEN PENYATA,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,PENIPUAN SMS URUS NIAGA KAD KREDIT,1,penjawat awam muflis,1,PENSTRUKTURAN SEMULA PAIP PAHANG,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,PETUA,1,PETUA MELEMBUTKAN DAGING,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,PIANGGANG GEPI GEGEPI,1,PITIS PAHANG KETUN PAHANG,1,POKOK BUAH TAJAM LEBAT,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,36,PUISI BELENTARA PADANG TANDUS,1,PUISI PRU,1,PUISI TARBIAH DIRI ERTI SEBUAH KEHIDUPAN,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,RAMALAN TAHI LALAT,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,REUNION SKBJ,3,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,SCAMMER KENA TIPU DENGAN SCAMMER?,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,SEJARAH,1,SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA BUKIT BETONG KUALA LIPIS.,1,SEJARAH KESULTANAN MELAYU PAHANG,1,SEJARAH NEGERI PAHANG,1,Sejarah Pahlawan,1,SEJARAH PERKEMBANGAN BANDAR JERANTUT,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SEMPURNAKAH SOLAT KITA,1,SENARAI BANDAR DI PAHANG MENGIKUT BILANGAN PENDUDUK,1,SENARAI HARGA IKAN SUNGAI PAHANG,1,SENARAI HARGA SYILING 50 SEN PARLIMEN 1967 - 1988 SIRI 1,1,SENARAI PENUH CALON BN PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SENARAI PENUH CALON PAS PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,TAPAK TANGAN,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TENGKU ABDULLAH,1,TEORI RAHMAN,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,TIADA CUTI UMUM SEMPENA HARI PEMASYHURAN SULTAN PAHANG KE ENAM,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TRANSAKSI,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ULAR SAWA,1,ulu cheka jerantut,2,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,VIEW GAMBAR DRONE JERANTUT,1,WANG PERINGATAN MALAYSIA ULANG TAHUN KE 60 PERJANJIAN KEMERDEKAAN,1,WANG ROSAK KOYAK BOLEH TUKAR KE BANK NEGARA,1,Warna warni hari ini,1,WATERMARK TERA AIR,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: GAMBAR DAN BIODATA AHMAD BIN KOTOT
GAMBAR DAN BIODATA AHMAD BIN KOTOT
https://1.bp.blogspot.com/-dn5yfJemz00/WCbwjWVwCbI/AAAAAAAAa6k/l2h6rmGHbF0egIvYhyGawvKbyQ6Co0PXACLcB/s640/Ahmad%2BBin%2Bkotot.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-dn5yfJemz00/WCbwjWVwCbI/AAAAAAAAa6k/l2h6rmGHbF0egIvYhyGawvKbyQ6Co0PXACLcB/s72-c/Ahmad%2BBin%2Bkotot.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/09/biodata-ahmad-bin-kotot.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2011/09/biodata-ahmad-bin-kotot.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy