Tiga orang termasuk budak berusia 9 tahun meninggal dunia selepas
dijangkiti sejenis parasit, amoeba yang memakan tisu otak manusia di Atlanta, Amerika Syarikat. Mangsa pertama, seorang gadis berusia 16 tahun jatuh sakit selepas
berenang di dalam tasik manakala seorang lagi mangsa, yang berasal dari
Virginia meninggal dunia seminggu selepas menghadiri perkhemahan
memancing.
Namun bagi kes ketiga, seorang pemuda berusia awal 20-an meninggal
dunia, dua bulan lalu, namun kesnya agak pelik kerana dia tidak mandi di
tasik sebaliknya hanya menggunakan penapis air untuk mencuci hidung
dengan menggunakan air garam bagi mengatasi penyakit sinus. Pegawai kesihatan kemudiannya mengesan parasit berkenaan terperangkap dalam sistem air di rumah pemuda berkenaan.
Justeru hanya air yang disteril dan dimasak sahaja sepatutnya digunakan. Penyakit berkenaan amat jarang berlaku. Daripada 120 kes yang ada kaitan dengan parasit tersebut, hampir
sebahagian besar mangsa meninggal dunia sejak amoeba dikesan sekitar
awal 60-an. Purata tiga kematian dikesan setiap tahun akibat jangkitan parasit itu di Amerika Syarikat. Amoeba akan menyerang mangsa dengan masuk melalui hidung dan tengkorak sebelum memusnahkan tisu otak. Sumber mynewshub.my
Seram juga macam-macam penyakit sekarang nie :(
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
kena pasang pemanas air le gini, gone nak masok air sokmo tiak kali mandi
BalasPadamwahhhh...menakutkan....
BalasPadamNgerinyer....
BalasPadamhuh makin banyak penyakit pelik2 akhir zaman nih
BalasPadam